Wednesday, 9 June 2010

Phone scam... nak menipu pun x reti

baru kejap tadi sebelum Maghrib aku dapat call... phone scam yang ntah kali ke berapa aku dapat tahun ni

Scam: Hello selamat petang, boleh saya cakap dengan en L (malas nak tulis nama penuh sendiri)
Aku: Ya saya
Scam: Saya Fxxxxxx dari Swiss Garden Hotel, nak memaklumkan bahawa nama encik telah terpilih untuk menerima baucer penginapan selama 3 hari 2 malam ya encik
Aku: Swiss Garden Hotel?
Scam: Ya encik. Encik pernah menginap di Swiss Garden Hotel?
Aku: Entah la
Scam: Encik tentu pernah menginap, sebab nama encik terpilih daripada senarai pelanggan kami
Aku: ok....(bila aku dok swiss garden?)
Scam: Encik sekarang ada di mana?
Aku: Ada kat Cheras
Scam: Kalau sekarang encik free, encik boleh datang ambil baucer tu sekarang
Aku: Amik kat mana?
Scam: Ambil di Plaza Ampang (kenapa tak amik kat hotel?)
Aku: Malam ni tak boleh la
Scam: Jadi bila encik boleh datang ambil?
Aku: Tak tau lagi. Tak boleh pos ker?
Scam: Tak boleh encik. Baucer ni perlu diambil sendiri sebelum Ahad, encik
Aku: Nanti saya call balik, boleh?
Scam: Tak apa, biar saya yang call encik. Bila saya boleh call encik untuk confirmkan bila encik boleh datang ambil baucer?
Aku: Tak tau bila free. Nanti saya call balik
Scam: Baiklah. Tapi minta encik telefon nombor handset saya. No telefon ni (yang dia tengah guna) tak terima call in, cuma boleh call out
Aku: Ok
Scam: No saya 012xxxxxxx, nama saya Fxxxxxx
Aku: Ok
Scam: Ok encik, terima kasih

Dari awal2 aku dah tau dia menipu sebab sambil dia cakap tu aku Google pasal Swiss Garden Hotel.  Nombor landline yang dia guna jauh beza dengan no phone Swiss Garden (bermakna no tu dari tandem office yang berlainan) . Dan jauh beza dengan no phone kedai-kedai dalam Plaza Ampang, kata encik Google juga.


Btw, no kalau tak terima call in tu probably dia tengah guna public phone.

Monday, 7 June 2010

Personal Tech Support... aduuu...

Aku ni bukan pandai sangat, dan bukanlah baik hati sangat. tapi sekadar nak tolong kawan-kawan yang ada masalah teknikal tu boleh la sikit-sikit...

Nak dijadikan cerita, tiap hari kalau aku on YM, gerenti akan ada at least dua orang member akan mintak tolong dengan masalah diorang...

ok, fine, kalau aku tau solution dia, insya Allah aku tolong... yang aku kadang-kadang pening, situasi-situasi macam ni:

Member: pernah guna XXX tak?
Aku: tak pernah
Member: tapi kau tau macamana nak guna XXX kan?
Aku: err... tak tau
Member: Boleh tak tolong aku? aku nak setup XXX supaya jadi bla bla bla


hahahaha... frankly speaking itu la yang selalu terjadi. bukan lawak atau rekaan
So terpaksa lah aku google cari solution untuk kawan-kawan yang macam ni. guess what? kadang2 tak sampai 10 saat aku dah jumpa solution kat Internet...

aduu... kenapa lah x carik sendiri ikut google...