Tuesday 22 December 2009

Nenek Pernah Berkata....

Ini petikan kata-kata Tendou Souji dari siri Kamen Rider Kabuto...
(Amik kau Najib hahahaha)

My Grandmother said this...
  • He who walks the path of heaven will rule over everything
  • Force the world to revolve around you. It's more fun to think that way.
  • People become stronger through adventures.
  • When people love others, they grow weaker, though it's nothing to be ashamed of. True weakness lies elsewhere.
  • When not close by, one is even closer.
  • Chase two birds, and you catch two birds.
  • People who steal things, lose something even more important.
  • It is enjoyable to eat something delicious, but the greatest joy comes from the time spent waiting for it.
  • If you wish it to be so, luck will always be on your side.
  • Flowers can make any girl glow.
  • All girls are equally beautiful.
  • A knife can only bring happiness when used in cooking.
  • Fancy flavors cannot hide poor cooking.
  • It is fun to add a secret flavor so that no one knows. But... it's more fun to find it.
  • Even the devil's whispers can sometimes sound like an angel's voice.
  • One that drowns in oneself will eventually fall to darkness.
  • Even in a world full only with enemies, there will always be someone you must protect.
  • If you receive a little kindness, give them a large serving.
  • Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves.
  • Once you know the real thing... you won't be fooled by an imitation.
  • Children are treasures. The greatest sin in this world is to damage those treasures.
  • Angels descend during meals, for it is a sacred time.
  • There are two things a man must never do. One is to not make girls cry...The other is to not handle food so crudely!
  • The sun is wonderful, it can make even the dirt shine.
  • Life is a long path to a goal. Drop your heavy luggage and enjoy walking with your hands empty.
  • Men must be cool. Boiling water is but vapor.
  • The wishes of the children are the future's reality...Adults that laugh at such dreams are no longer human.
  • A bond is a deep connection that can never be broken. Even if apart, heart and heart are still connected.
  • My evolution is faster than the speed of the light. There is nothing in the whole universe that can keep up with my evolution.
  • The justice is myself.
As Jiiya always said...
  • A noble deed must be nobly returned.
  • All men are fiery, their sparks lit early so that they can become fireworks.
  • There is no wealth greater than friendship, so let's make it our treasure.

Monday 21 December 2009

Warna, cahaya dan pigmen

Menjawab pertanyaan SanToz dalam artikel lepas tentang warna asas.

Warna terdiri daripada dua jenis, warna pigmen dan warna cahaya. Kedua-dua warna pigmen dan cahaya mempunyai warna asas yang berbeza. Warna asas pigmen adalah cyan, magenta dan kuning. Warna asas cahaya pula adalah merah, hijau dan biru. Warna-warna ini dipanggil warna asas kerana warna-warna lain boleh dihasilkan dengan gabungan warna-warna asas ini.


Walaupun mempunyai perbezaan, pigmen dan cahaya mempunyai perkaitan yang amat rapat. Pigmen adalah bahan yang menyerap dan memantulkan cahaya. Kita melihat daun bewarna hijau kerana pigmen di dalam daun tersebut memantulkan cahaya hijau dan menyerap cahaya-cahaya lain. Begitu juga pigmen biru memantulkan cahaya biru dan pigmen merah memantulkan cahaya merah.



Namun, kebanyakan pigmen menyerap dan memantulkan setiap cahaya pada kadar yang relatif, bukannya secara total. Contohnya pigmen indigo memantulkan sebahagian besar cahaya biru dan sebahagian kecil cahaya merah. Cahaya-cahaya lain diserap oleh pigmen ini. Maka ketika melihat pigmen ini, reseptor warna di dalam mata kita (yang juga terdiri daripada merah, hijau dan biru) akan dapat mentafsirkan pigmen tersebut sebagai indigo.



Contoh paling biasa bagi membezakan warna-warna asas pigmen dan cahaya adalah pada komputer kita. Skrin atau monitor yang kita gunakan menggunakan profail RGB (Red-Green-Blue) ataupun warna cahaya. Pencetak (printer) kita pula menggunakan profail CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black) iaitu warna pigmen. Warna hitam boleh dihasilkan dengan mencampurkan cyan, magenta dan kuning dalam jumlah yang sama, tetapi penghasil mesin pencetak lebih gemar menggunakan dakwat hitam kerana lebih menjimatkan kos.

Jadi, bagaimana komputer kita tahu menterjemahkan warna di skrin (RGB-cahaya) kepada warna untuk dicetak (CMYK-pigmen)? Mudah sahaja, kerana cahaya cyan adalah campuran warna hijau & biru. magenta adalah campuran merah & biru, manakala kuning adalah campuran merah & hijau. Jadi, jika skrin kita mengenali warna hijau sebagai G, pencetak kita mengenalinya sebagai C+Y (campuran dakwat cyan dan kuning).

Dengan kata mudah, warna pigmen adalan berlawanan dengan warna cahaya.

Warna #RGB #CMYK
Putih FFFFFF 000000
Merah FF0000 00FFFF
Hijau 00FF00 FF00FF
Biru 0000FF FFFF00
Cyan 00FFFF FF0000
Magenta FF00FF 00FF00
Kuning FFFF00 0000FF
Hitam 000000 FFFFFF


Wallahu'alam

Friday 18 December 2009

Menunggu Bulan Purnama

Di pinggir sebuah kota. Sebuah kota kecil yang bernadikan pertanian dan hasil alamnya. Penduduknya dari pelbagai suku kaum, puak dan bangsa. Ada puak-puak yang bersahabat, ada yang bertelingkah saling bermusuhan sentiasa. Tapi kini, kesemua mereka bersama-sama berkampung di pinggir kota, menunggu bulan purnama...

Ada yang datang bersendirian sahaja, ada yang bersama teman-teman sebaya. Ada yang membawa ibu-bapa yang sudah tua, ada juga yang membawa anak-anak kecil bersama. Ada yang baru sahaja tiba, ramai yang telah menunggu berhari-hari lamanya. Ada juga yang telah pulang ke rumah dan kembali semula ke pinggir kota. Kesemuanya menunggu bulan purnama...

Ada yang menunggu berhampiran kota, ada yang memanjat pokok-pokok palma, ada yang berjalan jauh ke luar kota. Ada yang gelisah memerhatikan masa, ada yang tetap sabar menunggu tiba saatnya. Ada yang terharu sebak mengurut dada, ada yang tersenyum lebar tanda gembira. Mereka menunggu bulan purnama...



Terdengar teriakan dari kumpulan yang berada di atas-atas pokok "Sudah tiba!!! Sudah tiba!!!"


Yang duduk terus berdiri, yang berdiri lantas berlari. Yang terlalu sebak jatuh sujud memuji Ilahi. Air mata mengalir di setiap pipi. Sudah lama mereka menanti. Mengharapkan datangnya saat ini. Menuggu kehadiran yang suci. Bersamanya hadir seribu erti. Bulan purnama yang bakal menyinari kota kecil ini....


Berlari-larilah mereka ke luar kota, menyambut ketibaannya. Ucapan syukur dalam deraian air mata. Esak tangisan tanda gembira. Telah datang bulan purnama! Telah datang bulan purnama! telah datang bulan purnama!

Tedengar nyanyian syahdu menusuk jiwa....


Telah datang kepada kami bulan purnama
Datang dari lembah Wada
Wajiblah kami bersyukur sentiasa
Di mana panggilan menuju Allah

Wahai engkau yang dibangkitkan di kalangan kami
Hadir bersama perintah untuk dipatuhi
Engkau membawa kemuliaan ke kota ini
Selamat datang, pendakwah terbaik ke jalan Ilahi
Selamat datang, pendakwah terbaik ke jalan Ilahi















Salam Maal Hijrah buat semua...

Monday 14 December 2009

Kenapa infrared banyak waktu pagi dan senja

Tadi ada sorang kawan tanya aku, 'kenapa infrared banyak waktu pagi dan senja?'...
terkedu aku sekejap... bukan apa, sebab tadi aku tengah bengong & panassss, aku cakap kat dia, malam ni aku tulis kat blog, dia baca la sendiri... (dan mungkin ada jugak orang lain yang sudi baca)

maka ini lah kisahnya...

Tenaga, tak kira apa jenis tenaga yang ada kat muka bumi ni, semuanya berasal dari tenaga matahari. kita setiap hari mendapat supply tenaga dari matahari, ada yang kita gunakan setiap hari, ada yang disimpan oleh bumi sebagai tenaga kimia (buah yang kita makan, petrol yang kita guna dan lain-lain), ada yang dikitar semula dan ada juga yang terlepas kembali ke angkasa sebagai radiasi. Tenaga matahari datang dalam dua bentuk, radiasi haba dan pancaran cahaya. kedua-duanya adalah berbentuk gelombang. Infrared adalah tenaga yang berbentuk cahaya.

Cahay matahari terbahagi kepada tiga kelas utama, cahaya infrared, cahaya tampak dan ultra violet. cahaya tampak, atau visible light pula boleh dikelaskan lagi kepada tujuh lapisan, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan violet. Macam pernah dengar? itulah warna pelangi yang kita selalu nampak? bagaimana pula dengan warna2 lain? warna2 lain adalah sama ada gabungan warna2 ini, ataupun warna perantaraan.

bagaimana pula dengan infrared dan ultraviolet? infra adalah perkataan latin yang bermaksud 'bawah', jadi infrared bermaksud 'bawah merah'. ultraviolet pula bermaksud 'atas violet'. apa yang bawah dan apa yang atas? ini yang nak cerita ni...

cahaya adalah gelombang. bunyi juga adalah gelombang. cahaya dan bunyi adalah dua perkara yang hampir serupa. kita melihat cahaya dan bunyi sebagai benda yang berbeza kerana kedua-duanya bergetar dalam ayunan frekuensi yang berbeza. Bunyi yang mampu didengari manusia adalah di antara 20Hz hingga 20kiloherts (kHz). Sedangkan cahaya bergetar pada frekuensi yang mencecah ratusan malah ribuan terahertz (tHz). mata kita mampu melihat di antara 400tHz hingga 790tHz. jikalau mata kita boleh melihat 20kHz, maka kita akan dapat 'melihat' bunyi, dan jika telinga kita mampu mendengar sehingga 400tHz, kita akan dapat 'mendengar' cahaya.



Dalam cahaya tampak, cahaya merah mempunyai frekuensi paling rendah. Frekuensi di bawah frekuensi merah secara umum (bukan keseluruhan) dipanggil infrared. frekuensi di atas frekuensi violet dipanngil ulraviolet.

Ok... untuk senang faham, kita boleh kata ada cahaya yang bergerak sangat laju (ultraviolet), sederhana laju (cahaya tampak) dan kurang laju (infrared).

masuk topik yang susah sikit... gelombang, tidak seperti partikel bleh bertukar arah melalui tiga fenomena: reflection (pantulan), refraction (pembiasan) dan diffraction (pembelauan). bagi pantulan, keseua gelombang memantul pada arah yang sama. pembiasan bergantung kepada medium bias. Yang kita hendak fahami di sini adalah pembelauan, iaitu penyebaran gelombang apabila bertemu halangan (tengok gambar di bawah lagi mudah :D ).



Semakin tinggi frekuensi gelombang, semakin kurang tersebar pembelauannya. Bayangkan kereta yang dipandu 20km/j dan 120km/j. Yang mana lebih susah untuk membelok? Yang lebih laju, bukan?

Jadi, infrared lebih mudah terbelau berbanding cahaya tampak dan ultraviolet. Bermakna, ketika waktu pagi dan senja, ketika matahari berada di sebalik ufuk, cahaya infrared sudah banyak terbelau bersama-sama sedikit cahaya tampak.

aik? itu ajer? itu je laaa.... saje je aku goreng panjang2.... isi penting kat hujung ajer :D

Wallahu'alam

Monday 23 November 2009

Seorang Miskin Membangun Masjid Paling Aneh di Dunia

Di ambil dari : http://www.eramuslim.com

Bentuknya boleh sederhana, namun jamaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu shalat masuk

Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, yaitu “Shanke Yadem” (Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Dibalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini :

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem” .

Nah, apa yang dia lakukan setelah itu? Uang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.

Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-ciatanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun keheranan, kok Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membangun sebuah masjid dan berhasil dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahwa Khairud ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak bisa berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.

Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat penasaran apa gerangan yang terjadi pada AKhiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritana soerang yang miskin bisa membangun masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).

Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki penghasilan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan fasilitas hidup lainnya yang dapat dibangun? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?

Jamah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal sholeh dari harta yang halal dan bersih

Kalaulah kaum Muslimin saat ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga ketimbang rumah di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu. Sebagai hasilnya, pastilah negeri-negeri Islam akan berlimpah keberkahan yang Allah bukakan dari langit dari bumi. Kenyataannya adalah sebaliknya.(Q.S. Al-A’raf / 7 : 96) Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal sehatnya!

Note : (FJ)Dari buku “Keajaiban Sejarah Ustmani”, oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali

Sunday 15 November 2009

Lelaki Handsome vs Lelaki Tak Handsome

(Copy dari blog lain, tapi rasanya aku pernah baca kat majalah Ujang/Apo? )


Kalau lelaki handsome tolong bawak barang
Perempuan akan cakap: so sweeeeetttt
kalau lelaki tak handsome tolong bawak barang
Perempuan akan cakap: mengade-ngade!

Kalau lelaki handsome suka sms
Perempuan akan cakap: oh, prihatinnya
kalau lelaki tak handsome suka sms
Perempuan akan cakap: eiii.. annoying la

Kalau lelaki handsome puji dia cantik
Perempuan akan cakap: terima kasih, handsome!
kalau lelaki tak handsome puji dia cantik
Perempuan akan cakap: terima kasih (tak malu, nak ngorat aku)

Kalau lelaki handsome buat sesuatu yang pelik
Perempuan akan cakap: kelakar...sungguh ku tergoda !!!
kalau lelaki tak handsome buat sesuatu yang pelik
Perempuan akan cakap: ni otak betul ke tak ni?

Kalau lelaki handsome mulut becok
Perempuan akan cakap: waaah... peramahnya
kalau lelaki tak handsome mulut becok
Perempuan akan cakap: ni mesti dah takde modal lain nak mengayat

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: wow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome belanja makan
Perempuan akan cakap: sangat pemurah... mesti berduit
kalau lelaki tak handsome belanja makan
Perempuan akan cakap: cukup ke duit tu

Kalau lelaki handsome bagi hadiah
Perempuan akan cakap: kan kusimpan sepanjang hayat... oh!
kalau lelaki tak handsome bagi hadiah
Perempuan akan cakap: kalau aku buang agak2 kecik hati tak?

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: memang padan pun...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Sekadar bahan selingan untuk hiburan kita bersama. Jangan ambil serius, dan ingat: rupa yang indah akan pudar ditelan masa, yang muda akan tua, yang licin akan berkedut jua.

Thursday 22 October 2009

Distant Energy... Jika Tesla tidak bankrap...

Tahu tak korang bahawa tenaga boleh disalurkan dari jarak jauh? Bayangkan kalau kita boleh menghantar tenaga sebagaimana kita menghantar sms hari ini... ianya bukan sesuatu yang mustahil, malah pernah dibuktikan melalui eksperimen sains lebih satu abad yang lalu. Hari ini kita mungkin sudah dapat menikmati kemudahan sebegini..... Jika Tesla tidak bankrap...

Siapa tu Tesla? Nikola Tesla, saintis dan pencipta yang kurang dikenali dan disenangi hanya kerana beliau bukan kapitalis yang hebat seperti Thomas Edison. Tanpa kita ambil tahu, tenaga elektrik yang kita guna dan bazirkan setiap hari adalah hasil pemikiran Tesla. Dan jika Tesla dibenarkan berjaya dengan Distant Energy (tenaga jarak jauh) yang diusahakannya, hari ini kita tentu tidak lagi memerlukan segala macam kabel dan wayar untuk perkakasan elektrik.

"By incorporating a portion of the Earth as part of a powerful type-two oscillator the disturbance can be impressed upon the Earth and detected at great distance, or even all over the surface of the globe"

Wardenclyffe Tower adalah projek yang gagal kerana masalah kewangan. Menara ini adalah bertujuan untuk menghantar signal komunikasi, penyiaran dan tenaga tanpa wayar merentasi lautan atlantic. Mungkin kita tidak hairan dengan teknologi komunikasi dan penyiaran tanpa wayar. Kita dah ada itu semua hari ini, tapi harus diingat, Wardenclyffe dibina pada tahun 1901, lebih satu abad yang lalu, dan TANPA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SATELIT! Tesla berpendapat tenaga boleh dihantar melalui bumi, kerana bumi kita sendiri penuh dengan tenaga. Mustahil? Nikola Tesla telah pun menunjukkan buktinya dalam skala yang kecil.

"... I suspend a sheet of metal a distance from the ceiling on insulating cords and connect it to one terminal of the induction coil, the other terminal being preferably connected to the ground. Or else I suspend two sheets as illustrated in Fig. 29 / 125, each sheet being connected with one of the terminals of the coil, and their size being carefully determined. An exhausted tube may then be carried in the hand anywhere between the sheets or placed anywhere, even a certain distance beyond them; it remains always luminous." -Tesla

Dalam bahasa mudah: mentol lampu yang dipegang kekal menyala walaupun tidak disambungkan kepada punca tenaga. Tesla mengutarakan dua jenis eksperimen yang boleh dilakukan, iaitu grounding energy dan floating energy (tenaga ke bumi dan tenaga terapung).

Kedengaran mustahil? Tidak, kerana tenaga tidak mempunyai jirim (matter) dan jisim (mass). sesuatu yang tidak mempunyai jirim tidak terikat dengan time-space continuum (rujuk kepada hasil kerja Albert Einstein). Dalam erti kata lain, tidak mustahil untuk sesuatu yang tidak berjisim untuk merentasi ruang dan juga masa. Manakala sesuatu yang mempunyai jirim terikat dalam tiga dimensi ruang dan satu dimensi masa (3D & 4D). Keterbatasan ini menyebabkan kita masih tidak mampu menghantar telefon bimbit kita sekelip mata dari Johor ke Perlis, tapi dalam situasi yang sama kita boleh menghantar suara kita melalui telefon bimbit tersebut. Kerana suara itu adalah bentuk tenaga yang dipanggil tenaga bunyi. Untuk menghantar sesuatu yang berbentuk jirim, kita memerlukan teknologi teleportation, yang kita dapat lihat dalam filem-filem fiksyen sains.
Jika dilihat dari segi fizik kuantum, unsur tenaga dalam dunia sub-atomik adalah dalam bentuk gelombang manakala unsur berjirim dalam bentuk partikel.

Aiseh, apa aku mengarut ni? Sorry... melalut pulak... sambung balik kisah Nikola Tesla...

Projek Wardenclyffe mempunyai ramai penaja kewangan dari kalangan kapitalis. Dua di antara penaja terbesar adalah J.P. Morgan dan John Jacob Aster. Aster adalah penumpang Titanic ketika ia tenggelam, memutuskan satu sumber kewangan Tesla. Morgan, yang membiayai awal projek dengan dana sebanyak US$150,000 (US$3juta mengikut nilai 2009) menarik balik sokongan kewangan kerana merasakan bahwa projek menyalurkan tenaga dari jarak jauh tidak akan membawa pulangan kewangan yang besar. Pada masa yang sama, patent-patent Tesla banyak yang telah tamat tempoh, mengurangkan royalti yang diterima Tesla untuk terus membiayai projek beliau. Salah satu daripada patent tersebut adalah Arus Ulang-Alik (Alternating Current/AC) iaitu tenaga elektrik yang disalurkan ke dalam rumah kita hari ini. Tanpa kedudukan kewangan yang kukuh, Nikola Tesla telah bankrap dan projek Wardenclyffe dihentikan.

Bayangkan, jika projek itu berhasil... Projek perintis kepada distant energy, tenaga jarak jauh. Kita cuba perlu daftar dengan TNB, dan mungkin kita akan diberi satu password ataupun kad seperti Astro. dan ketika kita memerlukan tenaga elektrik, cuma masukkan password/kad ke dalam peralatan elektrik, dan tenaga akan disalurkan dari stesen penjana elektrik TNB, tanpa perlu melalui kabel-kabel elektrik di sepanjang jalan. Mudah bukan?

kenapa aku cerita pasal benda ni? Sebab...

Weekend lepas aku bagi adik aku pinjam kamera, dengan battery charger sekali. tapi lupa nak ambil balik charger tu. Kalaulah Tesla tak bankrap, boleh aje mintak adik aku sambungkan charger tu kepada mana-mana soket elektrik kat kampus dia, dan hantar energy tu ke rumah sewa aku dari jarak jauh untuk recharge balik bateri kamera... Kalaulah Tesla tak bankrap, mesti dah boleh buat macam tu.... huhuhuhu

Wednesday 21 October 2009

Kalau Tak Boleh Berenang, Binalah Rakit Untuk Ke Seberang

Ini satu kisah yang boleh kita ambil tauladan, bagaimana kejayaan itu tidaklah datang dengan satu cara sahaja. Kalau satu jalan tertutup buat kita, masih ada banyak jalan lain yang boleh kita ambil, dan kita akan tetap boleh sampai ke destinasi kejayaan. Yang penting, kita mesti mahu berfikir dan berusaha.

Kali ni aku nak tulis pasal satu group artis dari Jepun. Group ni dipanggil SMAP. Kalau siapa yang minat lagu @ filem @ drama @ tv show jepun gerenti kenal diorang ni. Diorang ni digelar Jei~poppu no Ou (Kings of J-Pop/Raja Dunia Hiburan Jepun). Kenapa? tentulah sebab diorang ni boleh dikatakan menguasai dunia hiburan Jepun selama bertahun-tahun.

Hebat sangatkah SMAP ni? mari kita tengok cerita diorang...

SMAP muncul di dunia hiburan Jepun pada tahun 1991, di bawah agensi hiburan Johnny Jimusho (Johnny's Entertainment/JE). Menjadi tradisi artis-artis di bawah JE akan menjadi terkenal. Boleh dikatakan kesemua artis yang bermula di bawah JE akan berjaya dalam langkah pertama lagi, kecuali SMAP. SMAP mencatat sejarah menjadi artis di bawah JE dengan rekod debut yang sangat teruk. Kenapa? Sebab selama ini ahli-ahli SMAP adalah penari latar kepada satu group yang dikenali sebagai Hikaru Genji, group yang sangat popular pada tahun 80-an. Bila ahli-ahli SMAP diberi peluang merakamkan lagu sendiri, popularity yang diraih semasa menjadi penari tidak dapat menampung kekurangan bakat nyanyian ahli-ahli SMAP. Sambutan terhadap lagu SMAP dan kumpulan SMAP sendiri adalah amat mengecewakan. SMAP boleh dikatakan telah GAGAL dalam dunia hiburan.

Jika kita berada dalam situasi sedemikian, apa yang akan kita lakukan? Bayangkan anda benar-benar ingin berjaya menjadi penyanyi terkenal.... apa pilihan anda?
1) Berputus asa
2) Berusaha keras siang dan malam untuk memperbaiki mutu nyanyian

Jika jawapan anda adalah (1), anda seorang yang gagal.
Jika jawapan anda (2), anda terlalu mengikut norma biasa masyarakat

Ramai orang tahu menyebut 'thinking out of the box', tapi berapa kerapkah kita mengaplikasikan konsep tersebut? Kita lihat cara SMAP mengukir kejayaan.

Menyedari mereka kekurangan bakat nyanyian, SMAP menukar rancangan. Mereka berjumpa dengan pihak pengurusan JE, dan meminta untuk diberikan satu rancangan televisyen. Rancangan berbentuk komedi ini dipanggil Ai Rabu Sumappu (Saya Suka SMAP). Fikirkan, bagaimana mencapai impian menjadi penyanyi terkenal dengan membuat lawak dalam rancangan TV? Pelik? tapi itulah jalan yang dipilih oleh SMAP.

Rancangan TV SMAP semakin mendapat perhatian. SMAP menjadi semakin terkenal hari demi hari melalui rancangan tersebut. Tuah mula muncul apabila salah seorang ahli SMAP, Kimura Takuya, kini digelar Raja Drama Jepun (lihat iklan besar Gatsby di Bukit Bintang, itulah Kimura) , mendapat tawaran berlakon dalam satu drama, Asunaro Hakusho. Drama ini meledak dan begitu juga popularity Kimura. Mereka kemudian mendapat tawaran menyanyikan lagu tema untuk sebuah anime (kartun Jepun), Hime-chan no Ribbon (Reben Sang Puteri). Seorang ahli SMAP Kusanagi Tsuyoshi diberi peluang menyumbangkan suara untuk anime tersebut, dan seorang ahli lain Katori Shingo menyumbangkan suara untuk anime lain, Akazukin Cha Cha. Bertitik-tolak dari situ, ahli-ahli SMAP mula aktif berlakon dalam drama, filem dan iklan komersial. Popularity terus meningkat bagi SMAP.

Nah, SMAP masih lagi belum sampai ke impian menjadi penyanyi terkenal. Tapi, kita boleh nampak momentum yang diorang ni ada. Untuk menjadi penyanyi terkenal perlukan bakat dan popularity. Jika salah satu kekurangan, yang lagi satu harus berlebihan. Itulah SMAP pada tahap ini, sangat popular walaupun bakat menyanyi adalah biasa.

1996, SMAP memulakan rancangan TV yang baru bertajuk SMAPxSMAP (disebut Suma Suma). Di dalam rancangan ini mereka membuat lawak, berlakon, memasak(!), dan menyanyi bersama artis-artis jemputan termasuk artis-artis hollywood yang terkenal. Ledakan rancangan ini melebihi ledakan Ai Rabu Sumappu, dan menyaksikan kemasyhuran SMAP di puncak.

1998... dua lagu singles SMAP, Yozora no Mukou (Di Sebalik Langit Malam) dan Raion Haa~to (Lion Heart/Hati Singa) mencapai jualan melebihi SATU JUTA unit. Lagu Yozora no Mukou turut dimasukkan ke dalam buku teks di Jepun. Pada tahun 2001, album mereka, SMAP Vest mencapai jualan 1 juta hanya dalam masa seminggu.

Sekarang, setiap single atau album yang dinyanyikan oleh SMAP akan menjuarai carta. Impian menjadi penyanyi terkenal sudahpun tercapai....

tapi bagaimana? adakah kualiti nyanyian mereka tiba-tiba menjadi hebat? tidak. bertambah baik, mungkin, kerana SMAP juga belajar dan berlatih menyanyi sebagaimana artis-artis lain. Tapi rahsia kejayaan lagu-lagu mereka adalah kerana lagu-lagu tersebut adalah berkualiti ditulis oleh komposer-komposer terkenal. Lagu yang indah akan kedengaran indah, walaupun tidak disertai bakat yang terlalu besar. SMAP, dengan kemasyhuran yang diperolehi dari bidang lakonan dan rancangan TV, berhak meminta hanya lagu-lagu terbaik untuk single dan album mereka.

Jika ditanya pada kebanyakan dari kita, bolehkah menjadi penyanyi terkenal dengan membuat lawak di televisyen? Kalau kita terasa mahu menjawab 'tidak mungkin', lihatlah SMAP, Raja Dunia Hiburan Jepun.

Inilah yang aku maksudkan, Kalau Tak Boleh Berenang, Binalah Rakit Untuk Ke Seberang. Think out of the box... kalau tak boleh tolak, cubalah tarik. Kalau satu jalan tertutup, carilah jalan lain. So many roads to success, why rely on only one?


Lagu yang cukup memberikan inspirasi kalau ditenung maknanya




Sekai ni Hitotsu Dake No Hana
(Bunga Yang Tiada Sepertinya Di Dunia Ini)



Tidak mengapa jika engkau bukan yang terhebat
Engkau sentiasa satu-satunya yang unik dan istimewa


Aku melihat pelbagai jenis bunga disusun di hadapan kedai
Setiap satu mempunyai kegemaran sendiri
Tapi kesemuanya sangat cantik

Tanpa perlu bertanding siapakah yang terbaik

Mereka berdiri dengan bangga di dalam bakul


Kenapa kita manusia
Suka membanding-bandingkan sesama sendiri?

Walaupun setiap orang adalah berbeza
Kenapa kita ingin menjadi yang terhebat?
Betul, kita semua adalah...

Sekuntum bunga tiada yang sepertinya di dunia ini
Dan setiap dari kita membawa benih yang berbeza
Kita seharusnya menumpukan usaha untuk membuatkan bunga itu mekar


Terdapat orang yang sentiasa ragu-ragu
Dengan apa yang mereka mahu

Ketika mereka sedikit tertawa
Tiada apa yang boleh dibuat, kesemua bunga tersebut

Yang telah berusaha gigih untuk mekar, sungguh cantik


Di saat akhirnya pelanggan keluar dari kedai bunga itu
Mereka membawa jambangan yang berwarna-warni
Dan aku lihat mereka tersenyum riang ketika berselisih

Aku tidak pernah tahu nama mereka tetapi

Hari itu mereka membuatku tersenyum

Kita juga seperti bunga-bunga
Yang mekar di tempat-tempat yang tidak dipedulikan

Betul, kita semua adalah...

Sekuntum bunga tiada yang sepertinya di dunia ini
Dan setiap dari kita membawa benih yang berbeza

Kita seharusnya menumpukan usaha untuk membuatkan bunga itu mekar

Bunga yang kecil, dan bunga yang besar, tiada yang serupa
Tidak perlu menjadi yang terhebat

Engkau sentiasa satu-satunya yang unik dan istimewa




Tuesday 20 October 2009

No hints please

Satu benda yang aku malas dalam berkomunikasi ni ialah orang-orang yang suka cakap terlalu berlapik-lapik. hints sana-sini. bagi aku, paling senang kalau cakap ajer benda yang betul. no subtle hints, no obvious hints.

Tapi itulah, gelagat manusia ni berbeza. ada yang suka terus terang cam aku ni, ada yang suka bagi pembayang ajer. nak marah rasa tak patut pulak...

So, entah la. kadang-kadang kalau kita tersalah tafsir, ada yang marah, ada yang kecik hati. iye lah, bahasa badan tu dah nampak dah sikit2 maksud yang nak disampaikan, tapi kat mulut tak keluar-keluar jugak.

aku kena belajar lagi mentafsir makna-makna tersirat dalam percakapan agaknya...

Monday 19 October 2009

Puasa 6

Setiap tahun aku akan cuba buat puasa enam. kadang2 berjaya, kadang2 gagal. Tahun ni Alhamdulillah, aku sempat habiskan puasa 6, walaupun sampai ke hari terakhir Syawal...
punya la susah. weekends open houses, weekdays open-offices... dugaan puasa bulan syawal memang cukup hebat...
tapi, Alhamdulillah... puas rasanya dapat habiskan jugak...

Thursday 15 October 2009

Kesejukan

Korang pernah tak alami kesejukan sorang2? maksud aku, orang lain yang ada bersama korang tak rasa sejuk pun, tapi korang menggeletar kesejukan? pernah tak? itu yang terjadi kat aku hari ni...

Sampai ofis pagi tadi aku rasa sejuk jer. First thing yang aku terpikir "air-cond rosak la nih". So, aku sarung la jaket aku untuk memanaskan badan. tapi jaket tak cover tapak tangan, jari etc. dan aku mana ada glove. Ingatkan boleh tahan, tapi makin lama makin sejuk lak. terutama kat bahagian tapak tangan yang tak tertutup tu. kering, kesat, kasar... itulah tapak tangan aku hari ni. biasanya tapak tangan aku lembab, licin, err..tak la kasar sangat. sebab aku ni jenis banyak berpeluh. pucat jangan citer la, seram tengok tapak tangan sendiri hahahaha

sampai la petang, episod sejuk tu dtak berakhir jugak. dah macam2 usaha aku buat, termasuk la ON beberapa desktop & laptop kat meja aku, bagi naik haba sikit. tapi tak menjadi. bayangkan: aku letak tangan kat belakang casing fan, tak rasa panas langsung... sejuk gak...

pastu aku tanya la member2 ofis yang nampak rilek jerk.. tak sejuk ker? sorang kata, 'tak sangat', sorang kata 'dah tak sejuk', yang paling pelik sorang kata dia tengah kepanasan.... huh? biar betul?

kenapa aku sejuk sampai menggigil, ada orang boleh kepanasan? padahal meja dia ngan meja aku jarak beberapa kaki ajer... ada yang tak kena dengan badan aku ke?



~numb~

Tuesday 13 October 2009

Kamen Rider figurines


Kamen Rider Zanki

At first, aku nak tulis benda ni kat blog d-v (satu-satunya blog yang aku rajin update), tapi pikir2 balik, sekali sekala bukak citer kat sini ok jugak kan?

aku nak citer pasal figurines kamen rider (KR) aku...
dulu2 aku rajin beli figurines nih. setiap bulan aku peruntukkan beberapa ratus RM untuk beli benda nih. sampai la beberapa bulan lepas aku stop membeli di atas sebab yang tak perlu aku citer.

antara koleksi aku?
Album 1
Album 2
Album 3
Album 4

Tapi kalau keluar mana2 shopping complex (expecially times square), aku mesti kalau tak singgah, usha2 gak la kedai2 figurines ni... kadang2 lupa diri ooo
memang aku obses dulu. sekarang pun macam nak obses balik dah... sebab aku makin selalu lak main2 ngan bende nih. cam bebudak main dolls jer..
satu hari...

situasi: aku tengah betul-betulkan pose dua figurines (dark kabuto & gattack) di atas motor masing2. tiba2 dari bilik lain, she asked me "are you talking to those things?".... huh? tak sedar tangan ngan mulut sama bergerak. kronik dah aku ni...



Kamen Rider Dark Kabuto dengan motor DX Extender


Serius, kalau ikut hati, nak je aku sambung membeli figurines KR nih. tapi, i have to move on... umur dah tua dah... hahaha, sampai bila nak perabis duit beli mainan mahal nih... kalau satu rm10 hinggit takpe la gak.. ape kate korang belikan buat hadiah birthday aku? elok2 january ni ada satu figurine yang dah lama semua orang tunggu akan keluar. SIC Kabuto. tak mahal, 5775 yen je. hahahaha


by the way, my all time favorite is this one: SIC Black RX (Classics 2008).





Adios!!!

Thursday 8 October 2009

exhaustion

aduuh...tiba2 rasa penat menyerang. mungkin sebab rasa seronok tu dah hilang kot. kenapa la aku boleh terjebak dalam benda ni? hahahaha... dah benda yang aku suka, nak wat camner... orang mintak tolong sikit jer, alih-alih aku take over terus. sedar tak sedar aku lak yang kontrol semua... cari penyakit sungguh...
takpe la, dah habis pun... puas hati gak la dengan usaha yang aku curahkan dan hasil yang keluar...
esok, kerja macam biasa...
malam ni nak rehat puas2 legakan lenguh2 badan...

kalau tiada hari esok

bagaimana kalau tiada hari esok? kerana terlalu mengharapkan esok, kita ambil mudah hari ini. bila esok tiba, mungkin ianya bukan lagi milik kita...

Wednesday 7 October 2009

bot yang karam

bayangkan sebuah bot di lautan luas... korang bersama-sama kawan-kawan korang ada kat dalam bot tu. satu hari bot tu terlanggar seketul iceberg. dalam keadaan bot tu hampir karam, korang decide tiba masanya untuk berhenti belayar buat seketika. masa untuk 'berehat' dari pelayaran. korang tumpukan segenap usaha tenaga korang untuk selamatkan bot tu. tapi separuh nyawa korang mencuba, macam takde hasil. akhirnya, semua orang setuju untuk meninggalkan bot tu. setelah sekian lama terselamat dari karam, tiba-tiba korang dapat tau... pada waktu 'berehat' tu, semasa korang bertungkus-lumus menyelamatkan bot tu, rupa-rupanya kawan korang seronok mensabotaj bot tu tanpa pengetahuan korang. baru korang faham kenapa korang tak berjaya nak menyelamatkan bot tu dulu.

korang dah selamat, tapi, persoalannya:
MAMPUKAH KORANG MEMAAFKAN KAWAN KORANG TU?

kerja kejap kejap

hari ni aku wat keje kejap2 ajer... secretary kat opis aku mintak tolong dia & geng buat hiasan kuih raya untuk pertandingan time jamuan hari raya esok. aku mula2 buat sikit2 ajer... pastu terus ter'engrossed'.... huhuhu... aku strip out semua idea diorang, bagi idea aku sendiri.... tukar concept etc...

pastu mula lah kerja aku tertangguh-tangguh. sebab aku suka buat keje keje seni ni... aduuuiii... apa la nak jadi aku ni...

kerja! kerja! kerja!

Tuesday 6 October 2009

membaca hati

aku ni sebenarnya tak reti nak baca hati orang. tak tau nak scanning, pusing2 etc. so, aku amik fakta based on face value. so, kalau orang kata ok, aku kira ok la tu. kalau tak ok, mesti ada nego dulu. tapi tak sangka pulak disebabkan aku ni tak reti membaca hati, tak perasan ada pulak orang yang susah hati dan perit dengan tindakan aku tu. jadi, aku setulus hati meminta maaf dan ampun di atas kelemahan diri aku ni. peace~

projek

Ada sorang lagi member ajak aku wat projek joint venture ngan dia. ni dah yang ke berapa dah tahun ni. takde la byk sangat pun. projek yang ni pun macam ok jugak, walaupun aku sebenarnya kurang berminat sikit nak wat projek luar KL nih. tapi takpe...

aku nak tengok dulu komitmen member aku ni camane. takut jadi macam satu projek yang baru kansel bulan puasa hari tu. takde komitmen langsung. aku cakap xde mood nak buat ajer, terus 'ok...'. aku x suka project partner camtu. x menunjukkan kesungguhan langsung.

so, harapnya projek yang baru ni komitmen tinggi sikit la. dah lama xde projek yang berjalan lancar. bagi aku duit bukan la yang paling penting, tapi aku nak kepuasan dalam melakukan sesuatu. so kalau ada sesapa lagi yang nak ajak aku JV mana-mana project, syarat2 utama:

1) komitmen kena kental. rasa nak buat tu kena cukup kuat, jangan main2
2) jangan main tipu. tipu partner, tipu customer, tipu vendor... aku x lapar makan duit haram

yang dah lepas

kenapa nak buang masa untuk benda2 yang dah lepas? yang ni aku memang tak faham. benda dah habis, biarkan je lah.

kalau tanya budak kecik pun mesti diorang tak paham kenapa. cuba gi mana2 sekolah rendah, pastu suruh diorang buat perancangan melancong time cuti sekolah tahun lepas! hahaha... merancang apa nak dibuat pada masa yang lepas.... akai ada ka?

dah sembilan bulan dah berlalu, tinggal je lagi 3 bulan. kenapa nak buang masa untuk sembilan bulan yang dah lepas? kenapa tak tumpukan masa untuk 3 bulan yang menjadi masa sekarang dan masa depan. lain la kalau yang lepas2 tu gagal. ini bukannya gagal pun, cuma sebab kononnya 'jadual & perancangan' tak cukup detail. aih? perancangan ke yang paling penting? bukan ke perancangan tu hanya sebagai guideline untuk kerja2 yang harus dibuat. kalau kerja2 tu dah pun dibuat, jgn la nak susahkan otak kitorang dengan perancangan lagi... rancang untuk masa depan dah la ye?

aduu.. makin aku x paham la...

Monday 5 October 2009

liar liar

kadang2 bila aku buat2 percaya, ada orang ingat aku ni mudah ditipu. aku biasanya cepat je mengesan kalau ada cuba nak tipu aku. sebab aku paham, takde orang suka-suka je nak menipu. mesti ada alasan kenapa seseorang tu menipu. so, biasanya aku biar je la. tapi kadang2 penipuan tu macam tak pakai akal langsung. dah menipu, pandai2 la cover sendiri. kenapa la nak kantoikan penipuan sendiri hahahaha nak tergelak aku ngan orang-orang macam ni. aku gelak sebab dari awal lagi aku dah tahu benda tu tipu, tapi bila penipu mengantoikan diri sendiri, lawak lak jadinya... jadi hiburan sungguh gelagat manusia macam ni.

hahahahaha (can't stop laughing from the inside)

hari yang malas

hari ni hari yang cukup malas nak wat keje...
dulu2 susah nak wat keje sebab stress... tapi hari ni jadi malas sebab terlampau 'tenang'... rasa cam nak menikmati ketenangan ajer... rasa takut nak menghadapi kerja, takut stress datang balik...

padahal kerja aku tak pernah surut pun...
tapi ketenangan ini datang bukan percuma, ada harganya. aku jumpa ketenangan ini bila aku melepaskan banyak punca stress sepanjang ramadhan yang lepas. lepas satu, satu aku lucutkan dari bahu aku ni.

so, semakin hari, aku berasa semakin tenang... tapi... kenapa aku malas lak???? dulu semangat nak wat keje, tapi otak susah nak jalan. sekarang semua dah clear, penyakit malas datang balik... Ya Allah... semoga aku tabah hadapi ujian kemalasan ini.

you reap what you sow... apa yang aku boleh reap dari kemalasan ini? r.i.p. boleh la kot...
rasa cam nak lari masuk hutan beberapa hari jer hahahaha
takpun gi tempat air terjun ker... tepi pantai ker... escapade sekejap dari dunia teknikal ni...

best kan, kalau boleh lari sekejap ke tempat2 camtu?

bowling

teruk sungguh aku main bowling hari ni. dua game, lima kali je aku strike...
hahaha...
lepas main bowling, semua orang gi makan sesama makan kat kopitiam, enjoyed the day..

Bowling...bowling...bowling

Hari ni ada game bowling bulanan kat opis. tengahari kang kitorang satu opis (hampir semua la - 26 orang) akan gerak sama ke bowling alley, termasuk ngan bos sekali. ntah kenape aku cam dah kurang excited sikit nak main. mungkin sebab last time aku main teruk, aku punya standings dalam liga bowling kitorang ni dah jatuh banyak sangat hahahaha... takpe, sebab keje banyak lagi nak kena buat....huuuuuu.... tambah lagi kaki aku masih cramped...
takpe, aku try gak main...mana tau hari ni ada luck, naik balik ranking aku... baru excited nak main bulan depan...

petang karang aku update balik, apa yang terjadi kat bowling alley hari ni... siap2 la bola no 11, 12, 13,14 dah berbelas-belas..

Belanja adik-adik aku shopping

Hari ni (semalam, sebab sekarang dah tengah malam), teman adik-adik aku shopping kat midvalley. bukan setakat teman, tapi belanja sekali. adik bongsu aku nak carik kasut untuk konvo dia. dia dah banyak giler kasut, tapi takde satu pun yang memenuhi syarat uitm, bertutup di depan (ok) dan tinggi tumit sekurang-kurangnya satu inci setengah (tak ok). so, aku dah janji nak belanja dia kasut. adik2 punya pasal aku tak kisah berhabis duit huhuhu. pastu ada dua orang member dia ikut sekali. sampai2 midvalley, aku belanja diorang makan ais-krim baskin robbins dulu. adik aku tanya berapa harga satu cup asi krim tu, aku malas nak jawab. tapi dia dok tanya gak, aku cakap la RM8 secawan, lima orang rm40.60 (tambah chocolate rice). terkejut budak2 tu... terus makan dengan gaya menghargai hahaha... lek la, aku tak kisah pun belanja. tapi masalah betul ngan adik bongsu aku ni. kaki dia saiz bebudak. merata-rata kedai kitorang singgah. takde jugak saiz dia. yang dia bertambah tensen, orang lain datang nak 'teman' dia beli kasut (sambil2 window shopping). tapi dia belum jumpa kasut yang dia nak, member2 dah beli kasut dua pasang, baju2 lagi. adik aku yang sorang lagi aku tengok asyik kuar masuk fitting room ajer. first2 aku biar je dulu, kot2 la dia saje2 je nak try baju. pastu aku tengok lama je dia kat situ, dok belek2 baju tu. aku gi la tanya, berkenan ker? dia kata berkenan..tapi... (biasa la, aku dulu pun student gak, aku paham la masalah dia). so aku suruh dia amik ajer, aku bayar. sukanye diaaa... hahaha takpe la, asalkan dia bahagia...

pagi tak sempat habis (kasut adik bongsu belum jumpa), berenti lunch kat ayamas pastu solat dulu, then sambung balik shopping. last2 kat beli gak satu kasut kat vincci, saiz paling kecik, tapi masih longgar. nasib baik kasut tu ada strap kat atas buku lali, so boleh ketatkan lagi. punya la happy dia bile akhirnya dapat jugak kasut yang dia boleh pakai. bayangkan, dia sampai dah give up nak carik kasut yang design dia berkenan, satu-satunya syarat adalah 'ada saiz yang dia boleh pakai'...

kira2 balik, dua ratus lebih aku habis hari tu. makan ais krim dengan lunch dah dekat seratus. baju rm60. kasut rm 90. tapi, tak terasa rugi pun, perabis duit kat adik-adik aku.

habis shopping kitorang gerak ke sentral, sebab adik bongsu aku ngan kawan2 dia nak amik bas balik ke shah alam. bila semua orang dah blah, aku lepak sentral jap. pikir2 pasal nak gi open house sorang kawan aku ni. pastu ada sorang lagi kawan dah pesan kat aku, kalau nak gi, bagitau dia, dia nak ikut sekali. so aku bagitau la dia, aku tunggu kat sentul, gi ngan keter dia.

sebelum ke sentul, aku ke jalan masjid india dulu, beli selai baju melayu, nak pakai time jamuan raya opis aku nanti. perrghh! lepas raya pun harga mahal lagi. baju kain tenun still harga rm95. pastu aku tawar2 la dengan akak jul baju tu. dia bagi turun sampai rm80. pastu aku tekan lagi kalau2 boleh dapat rm70, dia suruh sorang lagi jurujual tanya tokey kedai. pastu tokey kedai tu kata paling rendah dia boleh bagi RM85. apahal lak? makin tawar, makin tinggi? camtu pun ada? last2, tawar punya tawar, dah takleh gerak dah dari harga rm80... aku dah buang banyak masa kat beberapa kedai kat situ, so aku bayar je la rm80 tu. pastu terus gerak ke sentul.

sampai sentul, tunggu member aku...boleh tahan lama. tapi aku tak kisah sangat, dah biasa menunggu orang. nasib baik aku ada bawak komik. menunggu sambil membaca komik la. member aku tu datang, gerak ke open house. time tu dah kol lima lebih dah. so, sampai2 je kat open house tu, aku terus mintak tumpang solat asar. borak lebih kurang, kitorang pun blah. aku time tu dah rasa penat. member aku ajak gi open house kawan dia kat USJ, hmm... ok gak tu, aku follow je la. kuar dari USJ, dah maghrib, ingat nak balik ajer. member aku tu pun ada kerja sikit kat damansara. tapi dia bagitau aku dia kalau boleh nak keluar ngan aku lepas habis kerja dia tu. aku tanya la dia, ada benda lain lagi ke nak buat lepas habis kerja dia tu. dia kata takde. so, aku bagitau dia, aku tunggu je la kat masjid, boleh aku solat terus.

lepak kat masjid (lupa nama masjid tu) kat damansara damai. ok gak masjid tu. tenang gak la, sebab atas bukit dan banyak pokok. seronok je berzikir. aku bukannya banyak ilmu sangat, so aku ulang2 zikir munajat yang aku ingat je la.

dalam lebih kurang sejam, member aku call kata dia dah settle. ok, aku pun melangkah turun bukit dari masjid tu. penat tadi dah hilang sikit lepas dok dalam masjid. kalau penat pun aku tak kisah, taknak hampakan orang yang nak jumpa aku. jumpa2 je member aku tu, dia kata dia kena gi satu open house, tapi kejap ajer. aku dalam hati dah rasa berbulu dah. tadi kata takde ape2, ni nak gi open house lak. dah kol 9.30 lebih dah. nak jaga hati member punya pasal, aku ikut ajer. sampai2 kat open house tu, member aku terus duduk sembang2 ngan member2 dia sampai lupa dunia, dan lupa yang aku pun ada kat situ dok menunggu dia habis. tunggu punya tunggu, rupanya kejap dia tu tak sama ngan kejap aku. kol sebelas lebih baru habis dia bersembang. punya la struggle aku nak kontrol tensen... tarik nafas...hembus nafas... tarik nafas... hembus nafas... hahahaha ikut hati memang aku nak blah sendiri2 dari situ tuh. teksi pun banyak yang lalu kat jalan depan rumah tu. aku rasa kalau aku blah pun dia tak sedar. tapi malas la nak kecikkan hati orang... sabar je la...

dah kol sebelas lebih tu, baru member aku tu habis sessi 'sekejap' dia. so, dalam perjalanan balik tu, aku dah memang takde mood nak sembang. sembang pun paksa2 diri ajer. kecuali time dok kat masjid, malam tu memang betul2 membuang masa aku. tapi benda dah berlaku, tak guna simpan dalam hati. nasib baik la seminggu dua ni aku dah jumpa balik kekuatan yang aku dah hilang dulu. senang je aku lemparkan kemarahan aku tu keluar tingkap tadi...hahaha banyak lagi benda lain aku boleh buat selain dari nak marah2 kat orang.

tapi kecewa gak la, sebab malam tu ada orang ajak aku gi rumah member yang dah lama sangat aku tak jumpa. dah setahun lebih. member yang kalau dulu hampir tiap2 hari aku jumpa. sampai wife dia (time tu gf dia, pastu jadi tunang dia) pun tau, kalau dia kuar je, mesti ngan aku. punya la rapat dulu, time dia kahwin, aku bagi package honeymoon kat dia. takde lagi orang lain aku kasik wedding gift camtu. dia sorang jer. tapi sebab gi damansara, tak dapat jumpa member aku ni... harap-harap lain kali ada la peluang jumpa dia... amiiinnn

balik rumah, ingat nak sambung wat keje... tapi aku luangkan masa tulis blog ni dulu la. lagipun sat gi aku tau mesti member aku tadi tu online, so dah takleh tulis blog lagi dah. so, ini la dia, aku tengah menulis blog ni. dah kol 12 lebih dah ni... selamat malam semua. tinggalkan hari ini dengan rasa aman, sambutlah hari esok juga dengan rasa aman.


sweet dreams

Saturday 3 October 2009

Merayap sampai lupa makan...

Korang pernah x gi jalan2 sampai lupa makan? hari ni aku betul2 lupa nak makan. mungkin sebab bulan puasa baru lepas, so tak terasa lapar sangat la.
pagi2 aku bangun, aku gi jogging kat tasik dulu. mula2 ingat nak warm up kat rumah, tapi pikir2 balik, aku nak warm up kat tasik je la. sampai ke kat kawasan tasik tu, terus malas warm-up. aku jogging je terus. biasanya memang aku jogging keliling tasik jer, tapi hari ni rasa cam nak challenge sikit, aku jogging ikut jalan turun naik bukit. perrghhh lemah jugak endurance aku ni... satu round je dah tak larat. round kedua aku jalan ajer... jauh giler beza jogging jalan rata dengan jalan bukit.
so balik rumah kaki aku rasa cam nak cramp, tak warm-up punya pasal. pikir2, aku gi berurut je la. aku pun gi la ke berjaya times square, mintak diorang urut peha ngan betis. huhuhu best giler...
habis kat bts, aku apa lagi, low yat la! turun naik lowyat beberapa kali pusing2. dah bosan, aku pikir, nak gi mana lak pasni? nak balik pun, zohor lambat lagi. aku gi plak ke KLCC. sampai situ, aku terus ke TGV. ada orang kata citer G-Force tu best, so aku tengok la sensorang. ok la citer dia. tapi jenis yang tak berbaloi untuk tengok kali kedua la. habis movie, aku lepak lak kinokuniya. lama dah jugak tak datang sini, berbulan gak la. slalu ke mph midvalley ajer. dah puas lepak, aku sambar tiga bijik buku. amik yang murah2 jer. dalam rm100 gak la habis kat buku2 tu. pastu tengok jam, dah kol tiga lebih.

aiseh, nak solat zohornkat KLCC ke balik rumah. tak pikir panjang, aku balik rumah je terus.

sampai kat area rumah aku, perut aku rasa semacam. laaa... dari pagi aku x makan satu benda pun lagi. tapi air 100plus dekat setengah botol besar tu aku dah teguk lepas jogging tadi. dah nak kol pat, aku rasa malas nak masak. so aku singgah kedai mamak, tapau nasi dengan lauk ayam masak merah + telur masin + papadom. sampai je rumah, tiba2 je rasa lapar gila. tadi ok jee.. pelik betul perut aku ni. tapi sebab dah kol pat, aku solat zohor dulu la (gerenti tak khusyuk, perut berkeroncong, terbau lak lauk ayam masak merah).

so, dekat nak asar baru la aku makan (breakfast?)... punya la lupa makan merayap hari ni... korang jangan contohi aku, jaga kesihatan..kang gastrik baru tau hahahaha

network security memakan diri

network kat rumah aku nak kata kebal xde la kebal sangat, tapi kalau bagi sesapa yang tak reti network hacking, memang xleh connect la ke wireless ataupun wired network kat rumah aku. senang citer kalau nak connect ke network rumah aku:

1) kena ada password (untuk wireless pakai WPA2)
2) network card kena register dengan DHCP pool, kalau tak, x dapat IP address
3) network card jugak kena register dengan access control, baru boleh sambung ke internet

so, nak connect ke router satu problem, nak bagi router forwardkan packet ke internet satu hal lagi hehehe

Masalahnya, bila aku tukar ke laptop baru (rujuk posting sebelum ni), aku x dapat connect ke network rumah aku, sebab network card tak sama dengan dalam list kat router. housemte aku lak balik lambat (atau mungkin dah balik kg), so aku xleh guna internet. aku ada dua option:

1) tunggu housemte aku balik , pastu guna laptop dia untuk register network card aku
2) hack network sendiri (senang je kalau dok sebelah router, tambah pulak ada password)

sebelum aku hack, aku call housemate aku dulu. dia ada kat opis dia lagi rupanya.dia pulak ajak gi dinner kat restoran Wadi kat bukit jalil. huh, setuju je lah. cancel hack network. malam tu bila dah balik baru aku register network card aku guna laptop dia.

inilah orang kata senjata makan tuan, x boleh connect ke network sendiri... tensen dooo...

Friday 2 October 2009

UBUNTU ddrescue

hari ni aku start duplicate sistem aku ke laptop lain (sama model). nasib baik aku pakai linux, sonang kojo... tapi makan masa gak la...

ape aku buat... haaa ni yang nak citer ni, kalau2 korang pun ada masalah yang sama nanti...

senang je, korang cuma perlu install ddrescue. yang ni korang kena enablekan community maintained software kat sources tu. pastu cam biasa, apt-get install gddrescue

command dia camni:

sudo ddrescue -v (source) (destination)

mula2 aku amik external harddisk, pastu aku partition ikut partition map harddisk laptop lama aku.



ddrescue -v /dev/sda1 /dev/sdb1 <--- sda tu maknanya SATA harddisk
ddrescue -v /dev/sda2 /dev/sdb2 <--- sdb tu kalau harddisk tu sambung ikut USB

yang SWAP partition takyah duplicate, buat je baru

pastu aku cucuk external hardisk ke laptop baru (dah create partition map yang serupa), taip yang ni lak

ddrescue -v /dev/sdb1 /dev/sda1
ddrescue -v /dev/sdb2 /dev/sda2

saiz tak semestinya sama, tapi untuk destinastion, gunakan saiz yang at least sama besar dengan source.

lama wooo...harddisk aku bukannya besar sangat, 160GB jer pun.
so, bila dah settle, guna laptop baru tu cam guna laptop lama je. semua program ada, semua file ada. sampai kalau aku bukak firefox pun, dia restore session yang ada kat desktop lama.

camni la baru betul system migration.... oi loike linux :D

Thursday 1 October 2009

Laptop rosak

laptop aku wat hal...

DVD-RW bengong, asyik rosakkan blanks aku ajer. webcam tak jalan (nasib baik tak penting), skrin berjalur2... yg paling tensen wireless card pun turut sama rosak. seingat aku takde terjatuh kat mana2 hari tu...

So, sebelum hantar repair, aku nak setup laptop baru untuk daily usage. tapi malasnya nak buat balik sistem yang sama ngan yang aku dah pakai ni.

so, esok aku nak try betulkan dulu laptop ni, kalau xleh gak, kena tukar ke laptop baru... malasnyer.... kerja tak settle2 lagi nih

Tuesday 29 September 2009

Raya dah abis

Baru sampai KL pagi tadi. Lama gak aku beraya...
Ntah naper raya kali ni penat sikit. Nak kata beraya sakan, takde la sangat. Family aku kalau raya, jarang gi jalan2 beraya rumah orang, tunggu orang datang beraya kat rumah je la.

Tahun ni pun camtu la. Siapkan rumah menunggu tetamu datang. Bukan setakat bertandang, rumah aku biasanya tetamu-tetamu datang bermalam terus. So, riuh sikit la kalau ada tetamu yang bawak anak2 kecik tu. Ye la, adik aku yang bongsu pun dah 21 tahun umur dia, so bunyi anak2 kecik ni memang takde kat rumah aku pada hari2 biasa.

Seperti yang diexpect la, sedara2 sebelah abah datang start raya kedua. pakcik aku datang dari pahang dengan dua buah kereta, bawak anak cucu datang beraya. anak sulung dia aja yang tak datang, gi beraya kat rumah mertua agaknya. satu pasal pakcik aku ni, muka dia memang iras sangat ngan bapak aku. ramai orang dah ter'malu' bila silap tegur dia hahaha... nasib baik dia sporting, layan je borak walaupun orang tu ingat dia ayah aku...

pastu tahun ni ntah kenapa tiba-tiba pakcik aku ni teringin nak gi kubur mak & ayah dia (nnek & datuk aku la). aku dari kecik memang tak tau sangat pasal datuk nenek sebelah ayah aku ni. sebab dia yatim piatu dari kecik, pastu dok menumpang rumah sedara. so itu la first time aku tau kat area mana kubur nenek ngan datuk aku. nenek aku dikebumi kat pasir puteh, datuk aku kat bachok.

pastu ayah aku buat program jejak kasih carik sepupu dia. ikut orang citer dia bukak kedai makan tepi pantai irama. so, aku ikut ayah ngan pakcik aku gi kedai dia. kalau korang kenal ayah aku ni, dia suka buat lawak. dia gi tanya sepupu dia tu kenal dia tak. sepupu dia tak cam muka ayah ngan pakcik aku, dia kata mungkin lama tak jumpa. Ayah aku buat muka selamba je kata 'takde la lama sangat, baru 30-40 tahun je tak jumpa'. tengok muka serius ayah aku tu, aku nak tergelak ajer, tapi sepupu dia tu buat muka tak paham lak hahahaha...

so, raya aku tahun ni lebih kurang camtu la. layan orang datang rumah jer. banyak lagi aku boleh tulis, tapi aku malas, biasa la aku memang malas