Thursday 22 October 2009

Distant Energy... Jika Tesla tidak bankrap...

Tahu tak korang bahawa tenaga boleh disalurkan dari jarak jauh? Bayangkan kalau kita boleh menghantar tenaga sebagaimana kita menghantar sms hari ini... ianya bukan sesuatu yang mustahil, malah pernah dibuktikan melalui eksperimen sains lebih satu abad yang lalu. Hari ini kita mungkin sudah dapat menikmati kemudahan sebegini..... Jika Tesla tidak bankrap...

Siapa tu Tesla? Nikola Tesla, saintis dan pencipta yang kurang dikenali dan disenangi hanya kerana beliau bukan kapitalis yang hebat seperti Thomas Edison. Tanpa kita ambil tahu, tenaga elektrik yang kita guna dan bazirkan setiap hari adalah hasil pemikiran Tesla. Dan jika Tesla dibenarkan berjaya dengan Distant Energy (tenaga jarak jauh) yang diusahakannya, hari ini kita tentu tidak lagi memerlukan segala macam kabel dan wayar untuk perkakasan elektrik.

"By incorporating a portion of the Earth as part of a powerful type-two oscillator the disturbance can be impressed upon the Earth and detected at great distance, or even all over the surface of the globe"

Wardenclyffe Tower adalah projek yang gagal kerana masalah kewangan. Menara ini adalah bertujuan untuk menghantar signal komunikasi, penyiaran dan tenaga tanpa wayar merentasi lautan atlantic. Mungkin kita tidak hairan dengan teknologi komunikasi dan penyiaran tanpa wayar. Kita dah ada itu semua hari ini, tapi harus diingat, Wardenclyffe dibina pada tahun 1901, lebih satu abad yang lalu, dan TANPA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SATELIT! Tesla berpendapat tenaga boleh dihantar melalui bumi, kerana bumi kita sendiri penuh dengan tenaga. Mustahil? Nikola Tesla telah pun menunjukkan buktinya dalam skala yang kecil.

"... I suspend a sheet of metal a distance from the ceiling on insulating cords and connect it to one terminal of the induction coil, the other terminal being preferably connected to the ground. Or else I suspend two sheets as illustrated in Fig. 29 / 125, each sheet being connected with one of the terminals of the coil, and their size being carefully determined. An exhausted tube may then be carried in the hand anywhere between the sheets or placed anywhere, even a certain distance beyond them; it remains always luminous." -Tesla

Dalam bahasa mudah: mentol lampu yang dipegang kekal menyala walaupun tidak disambungkan kepada punca tenaga. Tesla mengutarakan dua jenis eksperimen yang boleh dilakukan, iaitu grounding energy dan floating energy (tenaga ke bumi dan tenaga terapung).

Kedengaran mustahil? Tidak, kerana tenaga tidak mempunyai jirim (matter) dan jisim (mass). sesuatu yang tidak mempunyai jirim tidak terikat dengan time-space continuum (rujuk kepada hasil kerja Albert Einstein). Dalam erti kata lain, tidak mustahil untuk sesuatu yang tidak berjisim untuk merentasi ruang dan juga masa. Manakala sesuatu yang mempunyai jirim terikat dalam tiga dimensi ruang dan satu dimensi masa (3D & 4D). Keterbatasan ini menyebabkan kita masih tidak mampu menghantar telefon bimbit kita sekelip mata dari Johor ke Perlis, tapi dalam situasi yang sama kita boleh menghantar suara kita melalui telefon bimbit tersebut. Kerana suara itu adalah bentuk tenaga yang dipanggil tenaga bunyi. Untuk menghantar sesuatu yang berbentuk jirim, kita memerlukan teknologi teleportation, yang kita dapat lihat dalam filem-filem fiksyen sains.
Jika dilihat dari segi fizik kuantum, unsur tenaga dalam dunia sub-atomik adalah dalam bentuk gelombang manakala unsur berjirim dalam bentuk partikel.

Aiseh, apa aku mengarut ni? Sorry... melalut pulak... sambung balik kisah Nikola Tesla...

Projek Wardenclyffe mempunyai ramai penaja kewangan dari kalangan kapitalis. Dua di antara penaja terbesar adalah J.P. Morgan dan John Jacob Aster. Aster adalah penumpang Titanic ketika ia tenggelam, memutuskan satu sumber kewangan Tesla. Morgan, yang membiayai awal projek dengan dana sebanyak US$150,000 (US$3juta mengikut nilai 2009) menarik balik sokongan kewangan kerana merasakan bahwa projek menyalurkan tenaga dari jarak jauh tidak akan membawa pulangan kewangan yang besar. Pada masa yang sama, patent-patent Tesla banyak yang telah tamat tempoh, mengurangkan royalti yang diterima Tesla untuk terus membiayai projek beliau. Salah satu daripada patent tersebut adalah Arus Ulang-Alik (Alternating Current/AC) iaitu tenaga elektrik yang disalurkan ke dalam rumah kita hari ini. Tanpa kedudukan kewangan yang kukuh, Nikola Tesla telah bankrap dan projek Wardenclyffe dihentikan.

Bayangkan, jika projek itu berhasil... Projek perintis kepada distant energy, tenaga jarak jauh. Kita cuba perlu daftar dengan TNB, dan mungkin kita akan diberi satu password ataupun kad seperti Astro. dan ketika kita memerlukan tenaga elektrik, cuma masukkan password/kad ke dalam peralatan elektrik, dan tenaga akan disalurkan dari stesen penjana elektrik TNB, tanpa perlu melalui kabel-kabel elektrik di sepanjang jalan. Mudah bukan?

kenapa aku cerita pasal benda ni? Sebab...

Weekend lepas aku bagi adik aku pinjam kamera, dengan battery charger sekali. tapi lupa nak ambil balik charger tu. Kalaulah Tesla tak bankrap, boleh aje mintak adik aku sambungkan charger tu kepada mana-mana soket elektrik kat kampus dia, dan hantar energy tu ke rumah sewa aku dari jarak jauh untuk recharge balik bateri kamera... Kalaulah Tesla tak bankrap, mesti dah boleh buat macam tu.... huhuhuhu

2 comments:

Anonymous said...

1) macamana nak tau sama ada sesuatu itu mempunyai jirim/jisim atau tidak?
2) apa beza jirim dan jisim?

Unknown said...

1) Object yang terdiri daripada jirim mempunyai tiga sifat: jisim, isipadu dan ketumpatan (mass, volume & density). Cara paling mudah untuk faham adalah, objek berjirim akan mengambil ruang. contohnya lampu dan cahaya. jika lampu diisi dalam sebuah kotak, semakin banyak lampu, semakin kurang ruang kosong di dalam kotak, dan akhirnya kotak itu akan penuh dengan lampu. tapi lain pula dengan cahaya . jika disuluh sebanyak manapun cahaya ke dalam kotak tersebut, ruang kosong tak akan berkurangan. kerana lampu mengandungi jirim, tetapi tidak bagi cahaya.

2) setiap objek terdiri daripada jirim, yang mengandungi atom dan molekul. jisim pula adalah satu sifat jirim. secara amnya, jisim adalah jumlah jirim dalam sesuatu objek dan sering disamakan dengan berat (dalam kg) walaupun jisim dan berat adalah dua benda sebenarnya berbeza (panjang nak cerita, malas nak nak bukak teori Newton kat sini)


jadik kelas fizik lak blog aku ni...

Post a Comment