Wednesday 18 August 2010

Aduh Tetingkap

Entah kenapa aku tulis post poyo ni kat sini, aku pun tak tau. Tapi sesape yg rajin, sabar je la baca posting poyo ni yek....


Sebab apa poyo? entah la... sebab member2 aku cakap aku bunyi cam poyo bila mengutuk Windows... hahaha... so aku caya je lah cakap diorang










Hari ni aku format dan install Windows dalam sebiji laptop. Dah lama tak install Windows ni. So slow la sikit proses nak install tadi...








Rasa cam kekok pulak sebab:





1) Habis install OS, kena install graphic drivers, audio drivers, Ethernet drivers, Wi-Fi drivers, Bluetooth drivers, dan segala macam drivers lagi


2) Lepas tu kena install office suite, media players, codecs, directX baru, antivirus, dan ntah berbagai lagi software


3) Setiap software yang nak install, kena ada intaller yang baru kalau nak software versi up-to-date. kalau boleh download ok la. mau yang kena beli...


4) Software nak kena crack/patch dulu (shhhhh...)


5) Softwares kena install satu-satu!!!!


6) Asyik nak kena reboot ajer...


dan macam-macam lagi benda yang aku tak biasa












yang aku biasa buat:




1) Habis install OS, semua drivers dan software2 yang common dah siap install.


2) boleh install software versi lama dulu. lepas tu dengan satu command boleh update semua software ke versi terbaru


3) bukak application manager, pilih semua software yang nak diinstall, klik satu button untuk install semua ( I love Synaptic!~~~)


4) software yang takde installer, download (dan install secara automatik) dari internet. Dan boleh taip satu line untuk install banyak-banyak lak tu... ( I love Aptitude!~~~)


5) takyah nak crack ape pun, semua open source














ini bukan Windows







aku memang poyo kan?

Monday 16 August 2010

Kod-kod jahat di dalam gambar e-mail

Sape yang tak pernah kena e-mail spam, angkat mouse sekarang!!!
......
Nampaknya semua pernah kena. Selalu sangat kena, kan?

Pernah tak kita terpikir, macamana la agaknya spammers ni dapat alamat e-mail kita?
Perasan tak, bagi sesiapa yang ada lebih dari satu e-mail, e-mail yang selalu kita guna tu lah yang banyak spam. makin jarang kita guna, makin kurang spam.... kenapa ye?

Lagi teruk, kita cuma buka e-mail tu, baca pun cuma sebaris dua, terus delete. tapi e-mail akaun kita, takpun PC kita dah kena virus (kalau kita sedar la, ramai orang tak sedar pun dah kena virus). Macamana tu? bukan kita ada klik mana-mana pun kan? kenapa boleh berjangkit dengan virus-virus ni?

Satu perkara yang kita perlu berhati-hati dengan spam ni adalah kod-kod yang diletakkan di dalam e-mail tu. kod-kod ini boleh menyamar sebagai gambar biasa, dah menjadi aktif bila e-mail itu diBUKA. Ya adik-adik, abang-abang, akak-akak sekalian... cukup dengan membuka e-mail, kod-kod tu dah pun aktif...

tak percaya, ni contoh hasil daripada kod e-mail tracker yang ringkas:  


Elok je penerima membuka e-mail tu, terus kod-kod yang tersimpan di dalam gambar (yang diletakkan di dalam e-mail) amik maklumat penerima dan hantar balik kepada penghantar e-mail (dalam kes ni, aku la penghantar nye... nak buat contoh jer, bukannya aku suka buat benda camni hehehe ~percayalah~)

ini kod ringkas je. tapi aku dapat tahu pukul berapa dia bukak e-mail (which means waktu dia suka online), dia dok kat mana (at least bandar mana), browser apa dia pakai, OS ape, architecture ape, dan yang paling penting IP ADDRESS penerima tu... IP address ni bagi yang tau tapi dah terlupa, macam alamat rumah kita la. Rumah kita ada alamat no rumah, nama jalan, daerah etc kan? PC kita yang sambung ke internet tu pun ada alamat sendiri, dipanggil alamat IP. bayangkan kalau kita buka e-mail je orang dah tau alamat kita.... seram kan? belum seram?

kod paling banyak di dalam spam adalah e-mail harvester. sekali kita bukak e-mail tu, dia terus akan hantar signal pada pengirim dia bagitau e-mail kita tu aktif dan digunakan. dalam erti kata lain, alamat e-mail kita boleh terus di'spam'kan, atau dijual kepada spammer2 yang lain... satu alamat e-mail yang aktif boleh cecah USD$0.10 tau, kalau 10000 e-mail? USD$1000 dengan jual alamat e-mail orang je... makin lama makin banyak la spam masuk ke inbox kita, sebab e-mail kita dah di mark sebagai 'aktif'.... amacam? ada seram sikit?  belum lagiii???

Ok, kod-kod kat atas tu cuma hantar maklumat ringkas kepada pengirim je. bayangkan kalau kod-kod tu curi cache browser kita... habis semua password facebook kita kena curik. belum kira password maybank2u lagi kan? dah seram dah? pun belum lagi?

tambah pulak kalau kod tu 'tolong' downloadkan trojan ke PC kita. Trojan tu pulak terlebih rajin, 'tolong' bukak port kat PC kita. macam pencuri yang masuk rumah kita, pastu dia bukak pintu luas2, supaya lebih ramai pencuri masuk. itu la kerja trojan ni, dia bukak port dan berduyun-duyunlah tetamu tak diundang masuk ke PC kita. worm, virus, semua masuk, hacker pun tumpang sekaki masuk... haaa.... camana? kalau tak seram lagi tak tau la....

semua ni boleh jadi hanya sebab kita buka satu e-mail sahaja... camana nak buat ye?
filter kat e-mail tu jangan la off kan ye. pastu kalau nampak sangat e-mail tu spam, jangan la bukak





kan senang tu... bukan susah pun...










Oh ya, nak tau gampar apa yang aku guna untuk kod contoh kat atas? ni gambarnya:


nampak tak? kotak putih yang kecik tu la... kalau background e-mail warna putih, memang susah nak perasan gambar kecik ni


Salam Ramadhan

Tuesday 10 August 2010

Langkah untuk Ramadhan

Ya Allahu Rabbi...
Jika di dalam perjalananku setakat ini ada nista, ampunkanlah
Jika di dalamnya ada taat, berkatilah...



Ya Rabbul Karim...

Jika di dalam perjalananku esok ada nista, jauhkanlah
Jika di dalamnya ada taat, dekatkanlah...



Jika langkahku menabur duri

Cambahkan bunga dari duri-duri itu


Jika langkahku menabur bakti
Suburkan benih dari bakti-bakti itu




Wahai Tuhan yang tiada tuhan selainMu...
Terima kasih di atas anugerah Ramadhan yang menjelang


Pandulah langkah ini
Meniti hari-hari yang suci
Janganlah Kau biarkan langkah ini mengotori
Bulan yang Kau berkati