Thursday, 15 July 2010

Disk atau Disc? Ejaan yang mana adalah betul?

Ramai yang masih keliru tentang ejaan peranti penyimpanan data dalam komputer. Apakah ejaan yang betul dalam Bahasa Inggeris bagi cakera keras dan cakera padat? Hard disk atau hard disc? Compact disk atau compact disc?

Ejaan yang betul adalah Hard Disk dan Compact Disc.



Disk dieja menggunakan 'k' bagi peranti yang menyimpan data secara magnetik (hard disk, floppy disk dll)





Disc dieja menggunakan 'c' bagi peranti yang menyimpan data secara optik (compact disc, digital versatile disc dll)

Kenapa ada perbezaan?

Secara tradisi, cakera penyimpanan data dipanggil disk. Tetapi para pencipta cakera padat menamakan hasil kajian mereka sebagai compact disc, iaitu menggunakan huruf 'c'. Walaupun pada mulanya ini dianggap sebagai sau kesalahan ejaan, tetapi untuk menghormati pencipta-pencipta teknologi baru ini, ejaan disc digunakan sebagai ejaan yang betul bagi penyimpanan data digital berbentuk optik. Ejaan ini digunakan untuk DVD, VCD, SVCD, Blu-Ray Disc dan lain-lain cakera optik.

0 comments:

Post a Comment