Monday, 31 May 2010

Lidah kita menyebut syahid, hati kita menyebut ringgit

Tragedi berdarah menimpa konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang menghantar bekalan bahan binaan, peralatan sekolah dan sukan, dan ubat-ubatan. Setakat ini 16 aktivis keamanan yang menyertai konvoi terbunuh. Ramai yang cedera dan selebihnya ditahan. Tinggal lagi satu kapal, Rachel Corrie yang belum tiba. Rachel Corrie yang bertolak dari Ireland adalah sumbangan mantan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir dan muatan yang diangkutnya menerima sumbangan besar daripada rakyat Malaysia.
Tahniah Malaysia...
tahniah kepada yang menderma....

Yang belum menderma, bila lagi?

Cukupkah hanya berbangga rakan-rakan dan saudara-mara kita rakyat Malaysia menyumbang dalam misi kemanusiaan ini. Bagaimana dengan diri kita sendiri?
Masihkan kita hanya merindui syahid di lidah, namun di dalam hati zikir ringgit yang dialunkan?

Jangan hanya pandai menyebut syahid dan jihad di blog, facebook dan forum sahaja. Jangan di lidah dan keyboard bergempa syahid, tapi seharian mengejar ringgit. FreeGaza.org  sudahpun membuka pintu memungut derma untuk pusingan kedua. Rebutlah peluang ini.

Jika aktivis Freedom Flotilla menyerahkan nyawa untuk Gaza, apalah sangat EU$5 untuk kita dermakan kepada saudara-saudara kita di Palestine. EU$5 untuk satu beg simen...

Beramal lah, semoga amalan ini mencuci hati dan harta kita dari kekotoran duniawi... amin...





Derma boleh dilakukan melalui http://www.freegaza.org/

satu beg simen = EU$5 = RM20

0 comments:

Post a Comment