Thursday, 7 October 2010
Monday, 20 September 2010
Setelah Senja
Wednesday, 18 August 2010
Aduh Tetingkap
Sebab apa poyo? entah la... sebab member2 aku cakap aku bunyi cam poyo bila mengutuk Windows... hahaha... so aku caya je lah cakap diorang
Hari ni aku format dan install Windows dalam sebiji laptop. Dah lama tak install Windows ni. So slow la sikit proses nak install tadi...
Rasa cam kekok pulak sebab:
1) Habis install OS, kena install graphic drivers, audio drivers, Ethernet drivers, Wi-Fi drivers, Bluetooth drivers, dan segala macam drivers lagi
2) Lepas tu kena install office suite, media players, codecs, directX baru, antivirus, dan ntah berbagai lagi software
3) Setiap software yang nak install, kena ada intaller yang baru kalau nak software versi up-to-date. kalau boleh download ok la. mau yang kena beli...
4) Software nak kena crack/patch dulu (shhhhh...)
5) Softwares kena install satu-satu!!!!
6) Asyik nak kena reboot ajer...
dan macam-macam lagi benda yang aku tak biasa
yang aku biasa buat:
1) Habis install OS, semua drivers dan software2 yang common dah siap install.
2) boleh install software versi lama dulu. lepas tu dengan satu command boleh update semua software ke versi terbaru
3) bukak application manager, pilih semua software yang nak diinstall, klik satu button untuk install semua ( I love Synaptic!~~~)
4) software yang takde installer, download (dan install secara automatik) dari internet. Dan boleh taip satu line untuk install banyak-banyak lak tu... ( I love Aptitude!~~~)
5) takyah nak crack ape pun, semua open source
aku memang poyo kan?
Monday, 16 August 2010
Kod-kod jahat di dalam gambar e-mail
Tuesday, 10 August 2010
Langkah untuk Ramadhan
Jika di dalam perjalananku setakat ini ada nista, ampunkanlah
Jika di dalamnya ada taat, berkatilah...
Ya Rabbul Karim...
Jika di dalam perjalananku esok ada nista, jauhkanlah
Jika di dalamnya ada taat, dekatkanlah...
Jika langkahku menabur duri
Cambahkan bunga dari duri-duri itu
Jika langkahku menabur bakti
Suburkan benih dari bakti-bakti itu
Wahai Tuhan yang tiada tuhan selainMu...
Terima kasih di atas anugerah Ramadhan yang menjelang
Pandulah langkah ini
Meniti hari-hari yang suci
Janganlah Kau biarkan langkah ini mengotori
Bulan yang Kau berkati
Thursday, 15 July 2010
Disk atau Disc? Ejaan yang mana adalah betul?
Ejaan yang betul adalah Hard Disk dan Compact Disc.
Disk dieja menggunakan 'k' bagi peranti yang menyimpan data secara magnetik (hard disk, floppy disk dll)
Disc dieja menggunakan 'c' bagi peranti yang menyimpan data secara optik (compact disc, digital versatile disc dll)
Kenapa ada perbezaan?
Secara tradisi, cakera penyimpanan data dipanggil disk. Tetapi para pencipta cakera padat menamakan hasil kajian mereka sebagai compact disc, iaitu menggunakan huruf 'c'. Walaupun pada mulanya ini dianggap sebagai sau kesalahan ejaan, tetapi untuk menghormati pencipta-pencipta teknologi baru ini, ejaan disc digunakan sebagai ejaan yang betul bagi penyimpanan data digital berbentuk optik. Ejaan ini digunakan untuk DVD, VCD, SVCD, Blu-Ray Disc dan lain-lain cakera optik.
Wednesday, 9 June 2010
Phone scam... nak menipu pun x reti
Scam: Hello selamat petang, boleh saya cakap dengan en L (malas nak tulis nama penuh sendiri)
Aku: Ya saya
Scam: Saya Fxxxxxx dari Swiss Garden Hotel, nak memaklumkan bahawa nama encik telah terpilih untuk menerima baucer penginapan selama 3 hari 2 malam ya encik
Aku: Swiss Garden Hotel?
Scam: Ya encik. Encik pernah menginap di Swiss Garden Hotel?
Aku: Entah la
Scam: Encik tentu pernah menginap, sebab nama encik terpilih daripada senarai pelanggan kami
Aku: ok....(bila aku dok swiss garden?)
Scam: Encik sekarang ada di mana?
Aku: Ada kat Cheras
Scam: Kalau sekarang encik free, encik boleh datang ambil baucer tu sekarang
Aku: Amik kat mana?
Scam: Ambil di Plaza Ampang (kenapa tak amik kat hotel?)
Aku: Malam ni tak boleh la
Scam: Jadi bila encik boleh datang ambil?
Aku: Tak tau lagi. Tak boleh pos ker?
Scam: Tak boleh encik. Baucer ni perlu diambil sendiri sebelum Ahad, encik
Aku: Nanti saya call balik, boleh?
Scam: Tak apa, biar saya yang call encik. Bila saya boleh call encik untuk confirmkan bila encik boleh datang ambil baucer?
Aku: Tak tau bila free. Nanti saya call balik
Scam: Baiklah. Tapi minta encik telefon nombor handset saya. No telefon ni (yang dia tengah guna) tak terima call in, cuma boleh call out
Aku: Ok
Scam: No saya 012xxxxxxx, nama saya Fxxxxxx
Aku: Ok
Scam: Ok encik, terima kasih
Dari awal2 aku dah tau dia menipu sebab sambil dia cakap tu aku Google pasal Swiss Garden Hotel. Nombor landline yang dia guna jauh beza dengan no phone Swiss Garden (bermakna no tu dari tandem office yang berlainan) . Dan jauh beza dengan no phone kedai-kedai dalam Plaza Ampang, kata encik Google juga.
Btw, no kalau tak terima call in tu probably dia tengah guna public phone.
Monday, 7 June 2010
Personal Tech Support... aduuu...
Nak dijadikan cerita, tiap hari kalau aku on YM, gerenti akan ada at least dua orang member akan mintak tolong dengan masalah diorang...
ok, fine, kalau aku tau solution dia, insya Allah aku tolong... yang aku kadang-kadang pening, situasi-situasi macam ni:
Member: pernah guna XXX tak?
Aku: tak pernah
Member: tapi kau tau macamana nak guna XXX kan?
Aku: err... tak tau
Member: Boleh tak tolong aku? aku nak setup XXX supaya jadi bla bla bla
hahahaha... frankly speaking itu la yang selalu terjadi. bukan lawak atau rekaan
So terpaksa lah aku google cari solution untuk kawan-kawan yang macam ni. guess what? kadang2 tak sampai 10 saat aku dah jumpa solution kat Internet...
aduu... kenapa lah x carik sendiri ikut google...
Monday, 31 May 2010
Lidah kita menyebut syahid, hati kita menyebut ringgit
Tahniah Malaysia...
tahniah kepada yang menderma....
Yang belum menderma, bila lagi?
Cukupkah hanya berbangga rakan-rakan dan saudara-mara kita rakyat Malaysia menyumbang dalam misi kemanusiaan ini. Bagaimana dengan diri kita sendiri?
Masihkan kita hanya merindui syahid di lidah, namun di dalam hati zikir ringgit yang dialunkan?
Jangan hanya pandai menyebut syahid dan jihad di blog, facebook dan forum sahaja. Jangan di lidah dan keyboard bergempa syahid, tapi seharian mengejar ringgit. FreeGaza.org sudahpun membuka pintu memungut derma untuk pusingan kedua. Rebutlah peluang ini.
Jika aktivis Freedom Flotilla menyerahkan nyawa untuk Gaza, apalah sangat EU$5 untuk kita dermakan kepada saudara-saudara kita di Palestine. EU$5 untuk satu beg simen...
Beramal lah, semoga amalan ini mencuci hati dan harta kita dari kekotoran duniawi... amin...
Tuesday, 19 January 2010
Genius = Gila
Nah, namakan pula 5 ahli sains zaman kuno. Hampir semua akan memasukkan Archimedes ke dalam senarai.
Ahli sains sepanjang zaman? Siapa yang tidak kenal Leonardo Da Vinci? Siapa yang tidak kenal Isaac Newton? Hampir mustahil untuk sesiapa mengenali nama-nama saintis terkenal tanpa mengenali nama-nama ini.
Einstein, Archimedes, Da Vinci, Newton dan beberapa nama lagi adalah contoh minda-minda gila yang bijak dalam mentafsir dan dan memahami alam ini. Kegilaan mereka dalam mencari ilmu membuahkan seribu satu pengetahuan untuk kita kecapi hari ini...
Segila manakah mereka dalam menjalankan kajian? Ooops... sebenarnya aku tengah menulis artikel pendek tentang genius-genius gila ni. Menulis di masa lapang, lambat sedikit akan siap. Tambahan pula nak membaca rujukan-rujukan yang bersepah di Internet... So, nantikan je la kemunculannya....
Thursday, 7 January 2010
Jualan External Harddisk harga dealer
Member aku ada jual External Harddisk brand WD Passport 500GB dengan harga RM300. Stok terhad. sapa2 berminat boleh e-mail lifutushi(at)yahoo.co.uk.
Tuesday, 22 December 2009
Nenek Pernah Berkata....
(Amik kau Najib hahahaha)
- My Grandmother said this...
- He who walks the path of heaven will rule over everything
- Force the world to revolve around you. It's more fun to think that way.
- People become stronger through adventures.
- When people love others, they grow weaker, though it's nothing to be ashamed of. True weakness lies elsewhere.
- When not close by, one is even closer.
- Chase two birds, and you catch two birds.
- People who steal things, lose something even more important.
- It is enjoyable to eat something delicious, but the greatest joy comes from the time spent waiting for it.
- If you wish it to be so, luck will always be on your side.
- Flowers can make any girl glow.
- All girls are equally beautiful.
- A knife can only bring happiness when used in cooking.
- Fancy flavors cannot hide poor cooking.
- It is fun to add a secret flavor so that no one knows. But... it's more fun to find it.
- Even the devil's whispers can sometimes sound like an angel's voice.
- One that drowns in oneself will eventually fall to darkness.
- Even in a world full only with enemies, there will always be someone you must protect.
- If you receive a little kindness, give them a large serving.
- Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves.
- Once you know the real thing... you won't be fooled by an imitation.
- Children are treasures. The greatest sin in this world is to damage those treasures.
- Angels descend during meals, for it is a sacred time.
- There are two things a man must never do. One is to not make girls cry...The other is to not handle food so crudely!
- The sun is wonderful, it can make even the dirt shine.
- Life is a long path to a goal. Drop your heavy luggage and enjoy walking with your hands empty.
- Men must be cool. Boiling water is but vapor.
- The wishes of the children are the future's reality...Adults that laugh at such dreams are no longer human.
- A bond is a deep connection that can never be broken. Even if apart, heart and heart are still connected.
- My evolution is faster than the speed of the light. There is nothing in the whole universe that can keep up with my evolution.
- The justice is myself.
- As Jiiya always said...
- A noble deed must be nobly returned.
- All men are fiery, their sparks lit early so that they can become fireworks.
- There is no wealth greater than friendship, so let's make it our treasure.
Monday, 21 December 2009
Warna, cahaya dan pigmen
Warna terdiri daripada dua jenis, warna pigmen dan warna cahaya. Kedua-dua warna pigmen dan cahaya mempunyai warna asas yang berbeza. Warna asas pigmen adalah cyan, magenta dan kuning. Warna asas cahaya pula adalah merah, hijau dan biru. Warna-warna ini dipanggil warna asas kerana warna-warna lain boleh dihasilkan dengan gabungan warna-warna asas ini.
Walaupun mempunyai perbezaan, pigmen dan cahaya mempunyai perkaitan yang amat rapat. Pigmen adalah bahan yang menyerap dan memantulkan cahaya. Kita melihat daun bewarna hijau kerana pigmen di dalam daun tersebut memantulkan cahaya hijau dan menyerap cahaya-cahaya lain. Begitu juga pigmen biru memantulkan cahaya biru dan pigmen merah memantulkan cahaya merah.
Namun, kebanyakan pigmen menyerap dan memantulkan setiap cahaya pada kadar yang relatif, bukannya secara total. Contohnya pigmen indigo memantulkan sebahagian besar cahaya biru dan sebahagian kecil cahaya merah. Cahaya-cahaya lain diserap oleh pigmen ini. Maka ketika melihat pigmen ini, reseptor warna di dalam mata kita (yang juga terdiri daripada merah, hijau dan biru) akan dapat mentafsirkan pigmen tersebut sebagai indigo.
Contoh paling biasa bagi membezakan warna-warna asas pigmen dan cahaya adalah pada komputer kita. Skrin atau monitor yang kita gunakan menggunakan profail RGB (Red-Green-Blue) ataupun warna cahaya. Pencetak (printer) kita pula menggunakan profail CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black) iaitu warna pigmen. Warna hitam boleh dihasilkan dengan mencampurkan cyan, magenta dan kuning dalam jumlah yang sama, tetapi penghasil mesin pencetak lebih gemar menggunakan dakwat hitam kerana lebih menjimatkan kos.
Jadi, bagaimana komputer kita tahu menterjemahkan warna di skrin (RGB-cahaya) kepada warna untuk dicetak (CMYK-pigmen)? Mudah sahaja, kerana cahaya cyan adalah campuran warna hijau & biru. magenta adalah campuran merah & biru, manakala kuning adalah campuran merah & hijau. Jadi, jika skrin kita mengenali warna hijau sebagai G, pencetak kita mengenalinya sebagai C+Y (campuran dakwat cyan dan kuning).
Dengan kata mudah, warna pigmen adalan berlawanan dengan warna cahaya.
Putih FFFFFF 000000
Merah FF0000 00FFFF
Hijau 00FF00 FF00FF
Biru 0000FF FFFF00
Cyan 00FFFF FF0000
Magenta FF00FF 00FF00
Kuning FFFF00 0000FF
Hitam 000000 FFFFFF
Wallahu'alam
Friday, 18 December 2009
Menunggu Bulan Purnama
Ada yang datang bersendirian sahaja, ada yang bersama teman-teman sebaya. Ada yang membawa ibu-bapa yang sudah tua, ada juga yang membawa anak-anak kecil bersama. Ada yang baru sahaja tiba, ramai yang telah menunggu berhari-hari lamanya. Ada juga yang telah pulang ke rumah dan kembali semula ke pinggir kota. Kesemuanya menunggu bulan purnama...
Ada yang menunggu berhampiran kota, ada yang memanjat pokok-pokok palma, ada yang berjalan jauh ke luar kota. Ada yang gelisah memerhatikan masa, ada yang tetap sabar menunggu tiba saatnya. Ada yang terharu sebak mengurut dada, ada yang tersenyum lebar tanda gembira. Mereka menunggu bulan purnama...
Terdengar teriakan dari kumpulan yang berada di atas-atas pokok "Sudah tiba!!! Sudah tiba!!!"
Yang duduk terus berdiri, yang berdiri lantas berlari. Yang terlalu sebak jatuh sujud memuji Ilahi. Air mata mengalir di setiap pipi. Sudah lama mereka menanti. Mengharapkan datangnya saat ini. Menuggu kehadiran yang suci. Bersamanya hadir seribu erti. Bulan purnama yang bakal menyinari kota kecil ini....
Berlari-larilah mereka ke luar kota, menyambut ketibaannya. Ucapan syukur dalam deraian air mata. Esak tangisan tanda gembira. Telah datang bulan purnama! Telah datang bulan purnama! telah datang bulan purnama!
Tedengar nyanyian syahdu menusuk jiwa....
Datang dari lembah Wada
Wajiblah kami bersyukur sentiasa
Di mana panggilan menuju Allah
Wahai engkau yang dibangkitkan di kalangan kami
Hadir bersama perintah untuk dipatuhi
Engkau membawa kemuliaan ke kota ini
Selamat datang, pendakwah terbaik ke jalan Ilahi
Selamat datang, pendakwah terbaik ke jalan Ilahi
Salam Maal Hijrah buat semua...
Monday, 14 December 2009
Kenapa infrared banyak waktu pagi dan senja
terkedu aku sekejap... bukan apa, sebab tadi aku tengah bengong & panassss, aku cakap kat dia, malam ni aku tulis kat blog, dia baca la sendiri... (dan mungkin ada jugak orang lain yang sudi baca)
maka ini lah kisahnya...
Tenaga, tak kira apa jenis tenaga yang ada kat muka bumi ni, semuanya berasal dari tenaga matahari. kita setiap hari mendapat supply tenaga dari matahari, ada yang kita gunakan setiap hari, ada yang disimpan oleh bumi sebagai tenaga kimia (buah yang kita makan, petrol yang kita guna dan lain-lain), ada yang dikitar semula dan ada juga yang terlepas kembali ke angkasa sebagai radiasi. Tenaga matahari datang dalam dua bentuk, radiasi haba dan pancaran cahaya. kedua-duanya adalah berbentuk gelombang. Infrared adalah tenaga yang berbentuk cahaya.
Cahay matahari terbahagi kepada tiga kelas utama, cahaya infrared, cahaya tampak dan ultra violet. cahaya tampak, atau visible light pula boleh dikelaskan lagi kepada tujuh lapisan, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan violet. Macam pernah dengar? itulah warna pelangi yang kita selalu nampak? bagaimana pula dengan warna2 lain? warna2 lain adalah sama ada gabungan warna2 ini, ataupun warna perantaraan.
bagaimana pula dengan infrared dan ultraviolet? infra adalah perkataan latin yang bermaksud 'bawah', jadi infrared bermaksud 'bawah merah'. ultraviolet pula bermaksud 'atas violet'. apa yang bawah dan apa yang atas? ini yang nak cerita ni...
cahaya adalah gelombang. bunyi juga adalah gelombang. cahaya dan bunyi adalah dua perkara yang hampir serupa. kita melihat cahaya dan bunyi sebagai benda yang berbeza kerana kedua-duanya bergetar dalam ayunan frekuensi yang berbeza. Bunyi yang mampu didengari manusia adalah di antara 20Hz hingga 20kiloherts (kHz). Sedangkan cahaya bergetar pada frekuensi yang mencecah ratusan malah ribuan terahertz (tHz). mata kita mampu melihat di antara 400tHz hingga 790tHz. jikalau mata kita boleh melihat 20kHz, maka kita akan dapat 'melihat' bunyi, dan jika telinga kita mampu mendengar sehingga 400tHz, kita akan dapat 'mendengar' cahaya.
Dalam cahaya tampak, cahaya merah mempunyai frekuensi paling rendah. Frekuensi di bawah frekuensi merah secara umum (bukan keseluruhan) dipanggil infrared. frekuensi di atas frekuensi violet dipanngil ulraviolet.
Ok... untuk senang faham, kita boleh kata ada cahaya yang bergerak sangat laju (ultraviolet), sederhana laju (cahaya tampak) dan kurang laju (infrared).
masuk topik yang susah sikit... gelombang, tidak seperti partikel bleh bertukar arah melalui tiga fenomena: reflection (pantulan), refraction (pembiasan) dan diffraction (pembelauan). bagi pantulan, keseua gelombang memantul pada arah yang sama. pembiasan bergantung kepada medium bias. Yang kita hendak fahami di sini adalah pembelauan, iaitu penyebaran gelombang apabila bertemu halangan (tengok gambar di bawah lagi mudah :D ).
Semakin tinggi frekuensi gelombang, semakin kurang tersebar pembelauannya. Bayangkan kereta yang dipandu 20km/j dan 120km/j. Yang mana lebih susah untuk membelok? Yang lebih laju, bukan?
Jadi, infrared lebih mudah terbelau berbanding cahaya tampak dan ultraviolet. Bermakna, ketika waktu pagi dan senja, ketika matahari berada di sebalik ufuk, cahaya infrared sudah banyak terbelau bersama-sama sedikit cahaya tampak.
aik? itu ajer? itu je laaa.... saje je aku goreng panjang2.... isi penting kat hujung ajer :D
Wallahu'alam
Monday, 23 November 2009
Seorang Miskin Membangun Masjid Paling Aneh di Dunia
Bentuknya boleh sederhana, namun jamaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu shalat masuk
Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, yaitu “Shanke Yadem” (Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Dibalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.
Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem” .
Nah, apa yang dia lakukan setelah itu? Uang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-ciatanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun keheranan, kok Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membangun sebuah masjid dan berhasil dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahwa Khairud ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak bisa berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.
Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat penasaran apa gerangan yang terjadi pada AKhiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritana soerang yang miskin bisa membangun masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).
Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki penghasilan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan fasilitas hidup lainnya yang dapat dibangun? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?
Jamah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal sholeh dari harta yang halal dan bersih
Kalaulah kaum Muslimin saat ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga ketimbang rumah di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu. Sebagai hasilnya, pastilah negeri-negeri Islam akan berlimpah keberkahan yang Allah bukakan dari langit dari bumi. Kenyataannya adalah sebaliknya.(Q.S. Al-A’raf / 7 : 96) Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal sehatnya!
Note : (FJ)Dari buku “Keajaiban Sejarah Ustmani”, oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali
Sunday, 15 November 2009
Lelaki Handsome vs Lelaki Tak Handsome
Kalau lelaki handsome tolong bawak barang
Perempuan akan cakap: so sweeeeetttt
kalau lelaki tak handsome tolong bawak barang
Perempuan akan cakap: mengade-ngade!
Kalau lelaki handsome suka sms
Perempuan akan cakap: oh, prihatinnya
kalau lelaki tak handsome suka sms
Perempuan akan cakap: eiii.. annoying la
Kalau lelaki handsome puji dia cantik
Perempuan akan cakap: terima kasih, handsome!
kalau lelaki tak handsome puji dia cantik
Perempuan akan cakap: terima kasih (tak malu, nak ngorat aku)
Kalau lelaki handsome buat sesuatu yang pelik
Perempuan akan cakap: kelakar...sungguh ku tergoda !!!
kalau lelaki tak handsome buat sesuatu yang pelik
Perempuan akan cakap: ni otak betul ke tak ni?
Kalau lelaki handsome mulut becok
Perempuan akan cakap: waaah... peramahnya
kalau lelaki tak handsome mulut becok
Perempuan akan cakap: ni mesti dah takde modal lain nak mengayat
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: wow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
Kalau lelaki handsome belanja makan
Perempuan akan cakap: sangat pemurah... mesti berduit
kalau lelaki tak handsome belanja makan
Perempuan akan cakap: cukup ke duit tu
Kalau lelaki handsome bagi hadiah
Perempuan akan cakap: kan kusimpan sepanjang hayat... oh!
kalau lelaki tak handsome bagi hadiah
Perempuan akan cakap: kalau aku buang agak2 kecik hati tak?
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: memang padan pun...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Sekadar bahan selingan untuk hiburan kita bersama. Jangan ambil serius, dan ingat: rupa yang indah akan pudar ditelan masa, yang muda akan tua, yang licin akan berkedut jua.
Thursday, 22 October 2009
Distant Energy... Jika Tesla tidak bankrap...
Siapa tu Tesla? Nikola Tesla, saintis dan pencipta yang kurang dikenali dan disenangi hanya kerana beliau bukan kapitalis yang hebat seperti Thomas Edison. Tanpa kita ambil tahu, tenaga elektrik yang kita guna dan bazirkan setiap hari adalah hasil pemikiran Tesla. Dan jika Tesla dibenarkan berjaya dengan Distant Energy (tenaga jarak jauh) yang diusahakannya, hari ini kita tentu tidak lagi memerlukan segala macam kabel dan wayar untuk perkakasan elektrik.Wardenclyffe Tower adalah projek yang gagal kerana masalah kewangan. Menara ini adalah bertujuan untuk menghantar signal komunikasi, penyiaran dan tenaga tanpa wayar merentasi lautan atlantic. Mungkin kita tidak hairan dengan teknologi komunikasi dan penyiaran tanpa wayar. Kita dah ada itu semua hari ini, tapi harus diingat, Wardenclyffe dibina pada tahun 1901, lebih satu abad yang lalu, dan TANPA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SATELIT! Tesla berpendapat tenaga boleh dihantar melalui bumi, kerana bumi kita sendiri penuh dengan tenaga. Mustahil? Nikola Tesla telah pun menunjukkan buktinya dalam skala yang kecil.
Dalam bahasa mudah: mentol lampu yang dipegang kekal menyala walaupun tidak disambungkan kepada punca tenaga. Tesla mengutarakan dua jenis eksperimen yang boleh dilakukan, iaitu grounding energy dan floating energy (tenaga ke bumi dan tenaga terapung).
Kedengaran mustahil? Tidak, kerana tenaga tidak mempunyai jirim (matter) dan jisim (mass). sesuatu yang tidak mempunyai jirim tidak terikat dengan time-space continuum (rujuk kepada hasil kerja Albert Einstein). Dalam erti kata lain, tidak mustahil untuk sesuatu yang tidak berjisim untuk merentasi ruang dan juga masa. Manakala sesuatu yang mempunyai jirim terikat dalam tiga dimensi ruang dan satu dimensi masa (3D & 4D). Keterbatasan ini menyebabkan kita masih tidak mampu menghantar telefon bimbit kita sekelip mata dari Johor ke Perlis, tapi dalam situasi yang sama kita boleh menghantar suara kita melalui telefon bimbit tersebut. Kerana suara itu adalah bentuk tenaga yang dipanggil tenaga bunyi. Untuk menghantar sesuatu yang berbentuk jirim, kita memerlukan teknologi teleportation, yang kita dapat lihat dalam filem-filem fiksyen sains.
Jika dilihat dari segi fizik kuantum, unsur tenaga dalam dunia sub-atomik adalah dalam bentuk gelombang manakala unsur berjirim dalam bentuk partikel.
Aiseh, apa aku mengarut ni? Sorry... melalut pulak... sambung balik kisah Nikola Tesla...
Bayangkan, jika projek itu berhasil... Projek perintis kepada distant energy, tenaga jarak jauh. Kita cuba perlu daftar dengan TNB, dan mungkin kita akan diberi satu password ataupun kad seperti Astro. dan ketika kita memerlukan tenaga elektrik, cuma masukkan password/kad ke dalam peralatan elektrik, dan tenaga akan disalurkan dari stesen penjana elektrik TNB, tanpa perlu melalui kabel-kabel elektrik di sepanjang jalan. Mudah bukan?
kenapa aku cerita pasal benda ni? Sebab...
Weekend lepas aku bagi adik aku pinjam kamera, dengan battery charger sekali. tapi lupa nak ambil balik charger tu. Kalaulah Tesla tak bankrap, boleh aje mintak adik aku sambungkan charger tu kepada mana-mana soket elektrik kat kampus dia, dan hantar energy tu ke rumah sewa aku dari jarak jauh untuk recharge balik bateri kamera... Kalaulah Tesla tak bankrap, mesti dah boleh buat macam tu.... huhuhuhu
Wednesday, 21 October 2009
Kalau Tak Boleh Berenang, Binalah Rakit Untuk Ke Seberang
Kali ni aku nak tulis pasal satu group artis dari Jepun. Group ni dipanggil SMAP. Kalau siapa yang minat lagu @ filem @ drama @ tv show jepun gerenti kenal diorang ni. Diorang ni digelar Jei~poppu no Ou (Kings of J-Pop/Raja Dunia Hiburan Jepun). Kenapa? tentulah sebab diorang ni boleh dikatakan menguasai dunia hiburan Jepun selama bertahun-tahun.Hebat sangatkah SMAP ni? mari kita tengok cerita diorang...
SMAP muncul di dunia hiburan Jepun pada tahun 1991, di bawah agensi hiburan Johnny Jimusho (Johnny's Entertainment/JE). Menjadi tradisi artis-artis di bawah JE akan menjadi terkenal. Boleh dikatakan kesemua artis yang bermula di bawah JE akan berjaya dalam langkah pertama lagi, kecuali SMAP. SMAP mencatat sejarah menjadi artis di bawah JE dengan rekod debut yang sangat teruk. Kenapa? Sebab selama ini ahli-ahli SMAP adalah penari latar kepada satu group yang dikenali sebagai Hikaru Genji, group yang sangat popular pada tahun 80-an. Bila ahli-ahli SMAP diberi peluang merakamkan lagu sendiri, popularity yang diraih semasa menjadi penari tidak dapat menampung kekurangan bakat nyanyian ahli-ahli SMAP. Sambutan terhadap lagu SMAP dan kumpulan SMAP sendiri adalah amat mengecewakan. SMAP boleh dikatakan telah GAGAL dalam dunia hiburan.
Jika kita berada dalam situasi sedemikian, apa yang akan kita lakukan? Bayangkan anda benar-benar ingin berjaya menjadi penyanyi terkenal.... apa pilihan anda?
1) Berputus asa
2) Berusaha keras siang dan malam untuk memperbaiki mutu nyanyian
Jika jawapan anda adalah (1), anda seorang yang gagal.
Jika jawapan anda (2), anda terlalu mengikut norma biasa masyarakat
Ramai orang tahu menyebut 'thinking out of the box', tapi berapa kerapkah kita mengaplikasikan konsep tersebut? Kita lihat cara SMAP mengukir kejayaan.
Menyedari mereka kekurangan bakat nyanyian, SMAP menukar rancangan. Mereka berjumpa dengan pihak pengurusan JE, dan meminta untuk diberikan satu rancangan televisyen. Rancangan berbentuk komedi ini dipanggil Ai Rabu Sumappu (Saya Suka SMAP). Fikirkan, bagaimana mencapai impian menjadi penyanyi terkenal dengan membuat lawak dalam rancangan TV? Pelik? tapi itulah jalan yang dipilih oleh SMAP.
Rancangan TV SMAP semakin mendapat perhatian. SMAP menjadi semakin terkenal hari demi hari melalui rancangan tersebut. Tuah mula muncul apabila salah seorang ahli SMAP, Kimura Takuya, kini digelar Raja Drama Jepun (lihat iklan besar Gatsby di Bukit Bintang, itulah Kimura) , mendapat tawaran berlakon dalam satu drama, Asunaro Hakusho. Drama ini meledak dan begitu juga popularity Kimura. Mereka kemudian mendapat tawaran menyanyikan lagu tema untuk sebuah anime (kartun Jepun), Hime-chan no Ribbon (Reben Sang Puteri). Seorang ahli SMAP Kusanagi Tsuyoshi diberi peluang menyumbangkan suara untuk anime tersebut, dan seorang ahli lain Katori Shingo menyumbangkan suara untuk anime lain, Akazukin Cha Cha. Bertitik-tolak dari situ, ahli-ahli SMAP mula aktif berlakon dalam drama, filem dan iklan komersial. Popularity terus meningkat bagi SMAP.
Nah, SMAP masih lagi belum sampai ke impian menjadi penyanyi terkenal. Tapi, kita boleh nampak momentum yang diorang ni ada. Untuk menjadi penyanyi terkenal perlukan bakat dan popularity. Jika salah satu kekurangan, yang lagi satu harus berlebihan. Itulah SMAP pada tahap ini, sangat popular walaupun bakat menyanyi adalah biasa.
1996, SMAP memulakan rancangan TV yang baru bertajuk SMAPxSMAP (disebut Suma Suma). Di dalam rancangan ini mereka membuat lawak, berlakon, memasak(!), dan menyanyi bersama artis-artis jemputan termasuk artis-artis hollywood yang terkenal. Ledakan rancangan ini melebihi ledakan Ai Rabu Sumappu, dan menyaksikan kemasyhuran SMAP di puncak.
1998... dua lagu singles SMAP, Yozora no Mukou (Di Sebalik Langit Malam) dan Raion Haa~to (Lion Heart/Hati Singa) mencapai jualan melebihi SATU JUTA unit. Lagu Yozora no Mukou turut dimasukkan ke dalam buku teks di Jepun. Pada tahun 2001, album mereka, SMAP Vest mencapai jualan 1 juta hanya dalam masa seminggu.
Sekarang, setiap single atau album yang dinyanyikan oleh SMAP akan menjuarai carta. Impian menjadi penyanyi terkenal sudahpun tercapai....
tapi bagaimana? adakah kualiti nyanyian mereka tiba-tiba menjadi hebat? tidak. bertambah baik, mungkin, kerana SMAP juga belajar dan berlatih menyanyi sebagaimana artis-artis lain. Tapi rahsia kejayaan lagu-lagu mereka adalah kerana lagu-lagu tersebut adalah berkualiti ditulis oleh komposer-komposer terkenal. Lagu yang indah akan kedengaran indah, walaupun tidak disertai bakat yang terlalu besar. SMAP, dengan kemasyhuran yang diperolehi dari bidang lakonan dan rancangan TV, berhak meminta hanya lagu-lagu terbaik untuk single dan album mereka.
Jika ditanya pada kebanyakan dari kita, bolehkah menjadi penyanyi terkenal dengan membuat lawak di televisyen? Kalau kita terasa mahu menjawab 'tidak mungkin', lihatlah SMAP, Raja Dunia Hiburan Jepun.
Inilah yang aku maksudkan, Kalau Tak Boleh Berenang, Binalah Rakit Untuk Ke Seberang. Think out of the box... kalau tak boleh tolak, cubalah tarik. Kalau satu jalan tertutup, carilah jalan lain. So many roads to success, why rely on only one?
Lagu yang cukup memberikan inspirasi kalau ditenung maknanya
Sekai ni Hitotsu Dake No Hana
(Bunga Yang Tiada Sepertinya Di Dunia Ini)
Tidak mengapa jika engkau bukan yang terhebat
Engkau sentiasa satu-satunya yang unik dan istimewa
Aku melihat pelbagai jenis bunga disusun di hadapan kedai
Setiap satu mempunyai kegemaran sendiri
Tapi kesemuanya sangat cantik
Tanpa perlu bertanding siapakah yang terbaik
Mereka berdiri dengan bangga di dalam bakul
Kenapa kita manusia
Suka membanding-bandingkan sesama sendiri?
Walaupun setiap orang adalah berbeza
Kenapa kita ingin menjadi yang terhebat?
Betul, kita semua adalah...
Sekuntum bunga tiada yang sepertinya di dunia ini
Dan setiap dari kita membawa benih yang berbeza
Kita seharusnya menumpukan usaha untuk membuatkan bunga itu mekar
Terdapat orang yang sentiasa ragu-ragu
Dengan apa yang mereka mahu
Ketika mereka sedikit tertawa
Tiada apa yang boleh dibuat, kesemua bunga tersebut
Yang telah berusaha gigih untuk mekar, sungguh cantik
Di saat akhirnya pelanggan keluar dari kedai bunga itu
Mereka membawa jambangan yang berwarna-warni
Dan aku lihat mereka tersenyum riang ketika berselisih
Aku tidak pernah tahu nama mereka tetapi
Hari itu mereka membuatku tersenyum
Kita juga seperti bunga-bunga
Yang mekar di tempat-tempat yang tidak dipedulikan
Betul, kita semua adalah...
Sekuntum bunga tiada yang sepertinya di dunia ini
Dan setiap dari kita membawa benih yang berbeza
Kita seharusnya menumpukan usaha untuk membuatkan bunga itu mekar
Bunga yang kecil, dan bunga yang besar, tiada yang serupa
Tidak perlu menjadi yang terhebat
Engkau sentiasa satu-satunya yang unik dan istimewa

Tuesday, 20 October 2009
No hints please
Tapi itulah, gelagat manusia ni berbeza. ada yang suka terus terang cam aku ni, ada yang suka bagi pembayang ajer. nak marah rasa tak patut pulak...
So, entah la. kadang-kadang kalau kita tersalah tafsir, ada yang marah, ada yang kecik hati. iye lah, bahasa badan tu dah nampak dah sikit2 maksud yang nak disampaikan, tapi kat mulut tak keluar-keluar jugak.
aku kena belajar lagi mentafsir makna-makna tersirat dalam percakapan agaknya...
















