Kali ni aku nak tulis pasal satu group artis dari Jepun. Group ni dipanggil SMAP. Kalau siapa yang minat lagu @ filem @ drama @ tv show jepun gerenti kenal diorang ni. Diorang ni digelar Jei~poppu no Ou (Kings of J-Pop/Raja Dunia Hiburan Jepun). Kenapa? tentulah sebab diorang ni boleh dikatakan menguasai dunia hiburan Jepun selama bertahun-tahun.
Hebat sangatkah SMAP ni? mari kita tengok cerita diorang...
SMAP muncul di dunia hiburan Jepun pada tahun 1991, di bawah agensi hiburan Johnny Jimusho (Johnny's Entertainment/JE). Menjadi tradisi artis-artis di bawah JE akan menjadi terkenal. Boleh dikatakan kesemua artis yang bermula di bawah JE akan berjaya dalam langkah pertama lagi, kecuali SMAP. SMAP mencatat sejarah menjadi artis di bawah JE dengan rekod debut yang sangat teruk. Kenapa? Sebab selama ini ahli-ahli SMAP adalah penari latar kepada satu group yang dikenali sebagai Hikaru Genji, group yang sangat popular pada tahun 80-an. Bila ahli-ahli SMAP diberi peluang merakamkan lagu sendiri, popularity yang diraih semasa menjadi penari tidak dapat menampung kekurangan bakat nyanyian ahli-ahli SMAP. Sambutan terhadap lagu SMAP dan kumpulan SMAP sendiri adalah amat mengecewakan. SMAP boleh dikatakan telah GAGAL dalam dunia hiburan.
Jika kita berada dalam situasi sedemikian, apa yang akan kita lakukan? Bayangkan anda benar-benar ingin berjaya menjadi penyanyi terkenal.... apa pilihan anda?
1) Berputus asa
2) Berusaha keras siang dan malam untuk memperbaiki mutu nyanyian
Jika jawapan anda adalah (1), anda seorang yang gagal.
Jika jawapan anda (2), anda terlalu mengikut norma biasa masyarakat
Ramai orang tahu menyebut 'thinking out of the box', tapi berapa kerapkah kita mengaplikasikan konsep tersebut? Kita lihat cara SMAP mengukir kejayaan.
Menyedari mereka kekurangan bakat nyanyian, SMAP menukar rancangan. Mereka berjumpa dengan pihak pengurusan JE, dan meminta untuk diberikan satu rancangan televisyen. Rancangan berbentuk komedi ini dipanggil Ai Rabu Sumappu (Saya Suka SMAP). Fikirkan, bagaimana mencapai impian menjadi penyanyi terkenal dengan membuat lawak dalam rancangan TV? Pelik? tapi itulah jalan yang dipilih oleh SMAP.
Rancangan TV SMAP semakin mendapat perhatian. SMAP menjadi semakin terkenal hari demi hari melalui rancangan tersebut. Tuah mula muncul apabila salah seorang ahli SMAP, Kimura Takuya, kini digelar Raja Drama Jepun (lihat iklan besar Gatsby di Bukit Bintang, itulah Kimura) , mendapat tawaran berlakon dalam satu drama, Asunaro Hakusho. Drama ini meledak dan begitu juga popularity Kimura. Mereka kemudian mendapat tawaran menyanyikan lagu tema untuk sebuah anime (kartun Jepun), Hime-chan no Ribbon (Reben Sang Puteri). Seorang ahli SMAP Kusanagi Tsuyoshi diberi peluang menyumbangkan suara untuk anime tersebut, dan seorang ahli lain Katori Shingo menyumbangkan suara untuk anime lain, Akazukin Cha Cha. Bertitik-tolak dari situ, ahli-ahli SMAP mula aktif berlakon dalam drama, filem dan iklan komersial. Popularity terus meningkat bagi SMAP.
Nah, SMAP masih lagi belum sampai ke impian menjadi penyanyi terkenal. Tapi, kita boleh nampak momentum yang diorang ni ada. Untuk menjadi penyanyi terkenal perlukan bakat dan popularity. Jika salah satu kekurangan, yang lagi satu harus berlebihan. Itulah SMAP pada tahap ini, sangat popular walaupun bakat menyanyi adalah biasa.
1996, SMAP memulakan rancangan TV yang baru bertajuk SMAPxSMAP (disebut Suma Suma). Di dalam rancangan ini mereka membuat lawak, berlakon, memasak(!), dan menyanyi bersama artis-artis jemputan termasuk artis-artis hollywood yang terkenal. Ledakan rancangan ini melebihi ledakan Ai Rabu Sumappu, dan menyaksikan kemasyhuran SMAP di puncak.
1998... dua lagu singles SMAP, Yozora no Mukou (Di Sebalik Langit Malam) dan Raion Haa~to (Lion Heart/Hati Singa) mencapai jualan melebihi SATU JUTA unit. Lagu Yozora no Mukou turut dimasukkan ke dalam buku teks di Jepun. Pada tahun 2001, album mereka, SMAP Vest mencapai jualan 1 juta hanya dalam masa seminggu.
Sekarang, setiap single atau album yang dinyanyikan oleh SMAP akan menjuarai carta. Impian menjadi penyanyi terkenal sudahpun tercapai....
tapi bagaimana? adakah kualiti nyanyian mereka tiba-tiba menjadi hebat? tidak. bertambah baik, mungkin, kerana SMAP juga belajar dan berlatih menyanyi sebagaimana artis-artis lain. Tapi rahsia kejayaan lagu-lagu mereka adalah kerana lagu-lagu tersebut adalah berkualiti ditulis oleh komposer-komposer terkenal. Lagu yang indah akan kedengaran indah, walaupun tidak disertai bakat yang terlalu besar. SMAP, dengan kemasyhuran yang diperolehi dari bidang lakonan dan rancangan TV, berhak meminta hanya lagu-lagu terbaik untuk single dan album mereka.
Jika ditanya pada kebanyakan dari kita, bolehkah menjadi penyanyi terkenal dengan membuat lawak di televisyen? Kalau kita terasa mahu menjawab 'tidak mungkin', lihatlah SMAP, Raja Dunia Hiburan Jepun.
Inilah yang aku maksudkan, Kalau Tak Boleh Berenang, Binalah Rakit Untuk Ke Seberang. Think out of the box... kalau tak boleh tolak, cubalah tarik. Kalau satu jalan tertutup, carilah jalan lain. So many roads to success, why rely on only one?
Lagu yang cukup memberikan inspirasi kalau ditenung maknanya
Sekai ni Hitotsu Dake No Hana
(Bunga Yang Tiada Sepertinya Di Dunia Ini)
Tidak mengapa jika engkau bukan yang terhebat
Engkau sentiasa satu-satunya yang unik dan istimewa
Aku melihat pelbagai jenis bunga disusun di hadapan kedai
Setiap satu mempunyai kegemaran sendiri
Tapi kesemuanya sangat cantik
Tanpa perlu bertanding siapakah yang terbaik
Mereka berdiri dengan bangga di dalam bakul
Kenapa kita manusia
Suka membanding-bandingkan sesama sendiri?
Walaupun setiap orang adalah berbeza
Kenapa kita ingin menjadi yang terhebat?
Betul, kita semua adalah...
Sekuntum bunga tiada yang sepertinya di dunia ini
Dan setiap dari kita membawa benih yang berbeza
Kita seharusnya menumpukan usaha untuk membuatkan bunga itu mekar
Terdapat orang yang sentiasa ragu-ragu
Dengan apa yang mereka mahu
Ketika mereka sedikit tertawa
Tiada apa yang boleh dibuat, kesemua bunga tersebut
Yang telah berusaha gigih untuk mekar, sungguh cantik
Di saat akhirnya pelanggan keluar dari kedai bunga itu
Mereka membawa jambangan yang berwarna-warni
Dan aku lihat mereka tersenyum riang ketika berselisih
Aku tidak pernah tahu nama mereka tetapi
Hari itu mereka membuatku tersenyum
Kita juga seperti bunga-bunga
Yang mekar di tempat-tempat yang tidak dipedulikan
Betul, kita semua adalah...
Sekuntum bunga tiada yang sepertinya di dunia ini
Dan setiap dari kita membawa benih yang berbeza
Kita seharusnya menumpukan usaha untuk membuatkan bunga itu mekar
Bunga yang kecil, dan bunga yang besar, tiada yang serupa
Tidak perlu menjadi yang terhebat
Engkau sentiasa satu-satunya yang unik dan istimewa
2 comments:
Salam...
Saya pernah dengar pasal SMAP, tapi tak sangka pulak macam ni cara mereka bermula... good post, thank you
Salam kembali,
terima kasih, teruskan melawat :)
Post a Comment